Sabtu, 5 Februari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Puluhan ribu solat di Dataran Tahrir

Posted:

Puluhan ribu solat di Dataran Tahrir

Puluhan ribu solat di Dataran Tahrir


PULUHAN ribu penunjuk perasaan anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Puluhan ribu penduduk Mesir bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah dan berdoa bagi menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.

Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera.

"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata para penunjuk perasaan.

Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.

Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi turut hadir di dataran itu manakala tentera mengawal ketenteraman.

Mohamed kelihatan berbual dengan beberapa askar di dataran tersebut.

Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pentadbiran AS bincang Hosni segera berundur

Posted:

Pentadbiran AS bincang Hosni segera berundur

Pentadbiran AS bincang Hosni segera berundur

WASHINGTON - Rundingan dilakukan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan para pegawai kanan Mesir berhubung kemungkinan Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.

Seorang pegawai AS mendedahkan bahawa Washington tidak akan mengenakan sekatan ke atas Mesir ekoran tunjuk perasaan besar-besaran bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

"Kami telah mengadakan perbincangan dengan para pegawai Mesir mengenai pelbagai cara berbeza untuk untuk memulakan proses (peralihan kuasa), tetapi semua keputusan itu terletak di tangan rakyat Mesir," kata pegawai tersebut.

Jabatan Negara AS dan White House tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai perbualan para pegawai AS dengan Mesir.

Naib Presiden Mesir, Omar Sulaimen kelmarin berbual dengan Naib Presiden AS, Joe Biden.

Perbualan itu dibuat selepas Omar turut bercakap dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hosni bosan, mahu berundur

Posted:

Hosni bosan, mahu berundur

Hosni bosan, mahu berundur


HOSNI MUBARAK berbual dengan wartawan stesen televisyen ABC dari Amerika Syarikat, Christiane Amanpour dalam temu ramah selama 30 minit di Istana Presiden, Kaherah kelmarin.


WASHINGTON - Presiden Mesir, Hosni Mubarak kelmarin menyatakan beliau berasa bosan selepas 62 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

"Saya berasa bosan. Selepas 62 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, saya rasa sudah mencukupi. Saya mahu berundur," kata Hosni yang berumur 82 tahun dalam satu temu ramah dengan wartawan terkenal, Christiane Amanpour dari stesen televisyen Amerika Syarikat (AS), ABC.

"Jika saya meletakkan jawatan hari ini, akan berlaku huru-hara," katanya.

Hosni menyalahkan Pergerakan Persaudaraan Muslim yang menjadi pembangkang di Mesir kerana keganasan yang berlaku di Kaherah sejak 25 Januari lalu.

"Saya tidak berasa gembira dengan apa yang berlaku kelmarin. Saya tidak mahu melihat penduduk Mesir bergaduh sesama mereka," kata Hosni kepada Amanpour.

Para penunjuk perasaan yang mendesak peletakan jawatan Hosni menyalahkan kumpulan penunjuk perasaan pro-Hosni kerana melepaskan tembakan ke arah orang ramai selain membawa pisau dan batang kayu di Dataran Tahrir, Kaherah yang merupakan tempat lokasi perhimpunan tunjuk perasaan.

Komen Mubarak berhubung Pergerakan Persaudaraan Muslim itu dibuat selepas Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman menyatakan pergerakan tersebut telah dijemput untuk bertemu dengan pentadbiran baru selepas rombakan Kabinet sebagai sebahagian daripada dialog negara dengan semua parti.

Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila orang ramai menjerit dan mahu beliau berundur, Hosni berkata: "Saya tidak peduli apa yang orang perkatakan mengenai saya. Buat masa ini, saya mengambil berat mengenai negara saya, saya mengambil berat mengenai Mesir."

Sejak protes menuntut peletakan jawatannya selepas 29 tahun berkuasa, Hosni muncul dua kali di televisyen tetapi tidak muncul di khalayak ramai.

Dalam penampilan di televisyen sebelum ini pada Selasa lalu, beliau menyatakan tidak akan bertanding untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya September depan.

Namun, kenyataan itu tidak memuaskan hati para penunjuk perasaan yang mahu beliau berundur.

Hosni memberitahu Amanpour dalam temu ramah terbarunya itu bahawa beliau berasa lega selepas menyatakan tidak akan bertanding semula.

Menurutnya, beliau tidak pernah berhasrat untuk menjadikan anaknya, Gamal sebagai Presiden seperti yang dipercayai kebanyakan orang.

Semasa ditemu ramah itu, Gamal berada bersamanya.

Hosni turut menganggap Presiden AS, Barack Obama sebagai seorang lelaki yang baik tetapi teragak-agak memberikan jawapan semasa ditanya jika beliau berasa dikhianati oleh AS.

Sebelum ini Obama menyatakan Hosni sepatutnya memulakan proses melakukan peralihan kuasa secara aman.

Hosni berkata, beliau pernah memberitahu Obama bahawa: "Anda tidak memahami kebudayaan Mesir dan apa yang akan terjadi jika saya berundur sekarang."

Menurut Amanpour, beliau pergi ke Istana Presiden untuk membuat temu ramah dengan Naib Presiden Mesir pada mulanya tetapi bertanya kepadanya sama ada Hosni juga boleh diwawancara.

"Dalam tempoh apa yang dilihat cuma beberapa minit, saya dibawa ke sebuah bilik besar di mana beliau (Hosni) sedang menunggu," kata Amanpour dalam blognya.

"Beliau (Hosni) menyambut saya dengan mesra dan kami mula berbual. Beliau (Hosni) kelihatan penat tetapi sihat," katanya.

Amanpour berkata, Hosni memberikan persetujuan apabila beliau meminta sama ada perbualan itu boleh dilaporkan. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan