Jumaat, 11 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ribuan pekerja kilang mogok

Posted: 10 Feb 2011 09:02 AM PST

PENUNJUK perasaan melihat kain rentang dengan wajah Presiden Hosni Mubarak yang retak dalam demonstrasi antikerajaan di Medan Tahrir, Kaherah, semalam.
PENUNJUK perasaan melihat kain rentang dengan wajah Presiden Hosni Mubarak yang retak dalam demonstrasi antikerajaan di Medan Tahrir, Kaherah, semalam.

KAHERAH: Pekerja di kilang terbesar di Mesir semalam keluar beramai-ramai untuk melancarkan mogok sebagai menyokong penunjuk perasaan antikerajaan bagi menuntut kenaikan gaji.

Pekerja di kilang tekstil Misr - yang mempunyai 24,000 pekerja di bandaraya Al-Mahalla al-Kubra di Delta Nil - mengunci bangunan kilang dan berhimpun beramai-ramai di depan bangunan pentadbiran kilang berkenaan.

"Kami melancarkan mogok terutamanya untuk menunjukkan perpaduan bersama penunjuk perasaan di Medan Tahrir, tempat tumpuan utama demonstrasi antikerajaan di Kaherah," kata seorang penganjur mogok, Faisal Naousha kepada pihak media.

"Kami juga mahu arahan mahkamah supaya memansuhkan gaji minimum dilaksanakan," katanya.


Menurutnya, beratus-ratus pekerja akan disertai ribuan lagi yang bekerja pada shif tengah hari.


Syarikat Misr adalah syarikat sektor perkhidmatan awam terbesar dan industri tekstil di Mesir mewakili 48 peratus jumlah tenaga kerja di negara itu, menurut Pusat Kesatuan Perdagangan dan Perkhidmatan Pekerja (CTUWS).

Seorang pegawai keselamatan berkata, berpuluh-puluh ribu pekerja di sektor awam melancarkan mogok di bandaraya Iskandariah, bandaraya Suez serta bandar di pantai utara dan Laut Merah.

"Sejak demonstrasi antikerajaan seluruh negara tercetus 25 Januari lalu menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahan selama 30 tahun, kami mula mendengar pegawai kerajaan mempunyai berbilion dolar dalam akaun peribadi mereka.

"Ramai pekerja merasakan sudah tiba masanya untuk kami bangkit dan menuntut hak kami," katanya lagi.

Mogok dan demonstrasi antikerajaan masih berlanjutan walaupun kerajaan baru Mesir berjanji untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan persaraan sebanyak 15 peratus, satu daripada beberapa langkah yang diambil untuk menghentikan tunjuk perasaan yang berlangsung. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu bas, pengangkutan awam ikut mogok

Posted: 10 Feb 2011 07:29 AM PST

KAHERAH: Bantahan pekerja merebak di Mesir semalam apabila pemandu bas dan pekerja pengangkutan awam lain melancarkan mogok ketika tunjuk perasaan secara besar-besaran menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur telah mencetuskan kemarahan rakyat terhadap jurang perbezaan ekonomi yang wujud di negara itu.

Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir pada hari ke-17 sambil berikrar tidak akan berundur sehingga pemimpin negara itu meletakkan jawatan walaupun kerajaan cuba untuk bertolak ansur.


Penganjur merancang satu lagi tunjuk perasaan secara besar-besaran esok (hari ini) dengan harapan mengulangi demonstrasi semalam yang menarik satu perempat juta rakyat untuk berhimpun dan menyokong pergerakan itu.

Khaled Abdel-Hamid yang bercakap bagi pihak penunjuk perasaan berkata, mereka mahu rakyat Mesir berhimpun di enam lokasi utama di Kaherah dan dari situ mereka akan berjalan menuju ke Medan Tahrir yang menjadi lokasi utama penunjuk perasaan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan