Jumaat, 11 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mubarak tunduk selepas 18 hari

Posted: 11 Feb 2011 02:09 PM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan penuh sesak di Dataran Tahrir bagi meneruskan protes buat hari ke-18. Gambar kecil, penunjuk perasaan gembira Mubarak letak jawatan.

PENUNJUK perasaan penuh sesak di Dataran Tahrir bagi meneruskan protes buat hari ke-18. Gambar kecil, penunjuk perasaan gembira Mubarak letak jawatan.

Lebih sejuta penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Mesir gembira peletakan jawatan

KAHERAH: Lebih sejuta penunjuk perasaan berarak di kota Kaherah, Iskandariah, Suez dan Delta Nil semalam dan menunjukkan kegembiraan selepas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan, semalam.

Mereka awalnya marah dengan kenyataan tentera menyokong pelan pemimpin mereka terus memegang kuasa hingga pilihan raya bermula September depan.

Mereka berarak ke istana presiden dan melakukan hadangan di depan stesen televisyen rasmi sebagai menunjukkan bantahan terhadap lambang rejim pemerintahan Mubarak. Penunjuk perasaan menyambut gembira kenyataan Majlis Tertinggi Tentera dianggotai jeneral kanan awal semalam menjamin tuntutan rakyat Mesir akan dipenuhi yang ditafsirkan sebagai tindakan mengambil alih pemerintahan
Tetapi, kenyataan terbaru badan itu mencetuskan kemarahan ramai penunjuk perasaan, lebih-lebih lagi selepas Mubarak masih enggan meletak jawatan meskipun memberi kuasa kepada Naib Presiden, Omar Suleiman.

"Apa yang kamu tunggu lagi?" jerit seorang penunjuk perasaan kepada seorang askar di luar istana utama, Oruba, utara Kaherah dalam bantahan yang disertai 1,000 orang.

Tidak diketahui sama ada Mubarak ada di dalam. Istana itu dikawal empat kereta kebal dan kawat berduri tetapi askar tidak menghalang orang ramai berhimpun bagi membuat bantahan.
Dataran Tahrir pula penuh sesak dengan penunjuk perasaan yang meneruskan protes buat hari ke-18.

Di Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir, lebih 100,000 orang berkumpul di dataran utamanya dan mula berarak ke kediaman utama Mubaral di bandar itu di Istana Ras el-Tin.

Penunjuk perasaan berkata mereka semakin bersemangat untuk menamatkan pemerintahan Mubarak dan akan cuba mendapatkan sokongan tentera dengan menjerit 'rakyat dan tentera adalah satu tangan.'

Tukang baca khutbah solat Jumaat di Dataran Tahrir juga menggesa penunjuk perasaan meneruskan usaha mereka.

"Kita sudah bertahun-tahun hidup tanpa bersuara. Hari ini, kita suruh rejim sekarang berundur. Kita berdoa setiap Jumaat di sini pada minggu akan datang dan mempertahankan maruah kita."

Kenyataan kedua tentera digelar 'Perisytiharan Nombor 2' menyokong rancangan Mubarak memberi sebahagian kuasanya kepada Suleiman selain berjanji memastikan Presiden dan timbalannya memenuhi janji mereka.

Kemarahan penunjuk perasaan kepada kenyataan tentera juga meletus di kota Suez dan bandar Tanta di Delta Nil dengan beribu-ribu penduduk menyertai perarakan anti-Mubarak.

Harapan bahawa Mubarak akan meletak jawatan meningkat kelmarin selepas majlis tentera mengeluarkan 'Perisytiharan Nombor 1' menyatakan ia campur tangan untuk menyelamatkan negara dan seorang panglima kanan memberitahu penunjuk perasaan bahawa semua tuntutan mereka akan dipenuhi.

Tetapi, beribu-ribu penunjuk perasaan kembali marah selepas dikejutkan dengan ucapan Mubarak mengatakan beliau tidak akan meletak jawatan, beberapa jam kemudian. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis mahu diplomat AS didakwa

Posted: 11 Feb 2011 02:08 PM PST

Dunia

LAHORE: Pasukan penyiasat Pakistan memutuskan tindakan seorang warga Amerika berstatus diplomat menembak mati dua rakyat Pakistan bukan untuk mempertahankan diri dan polis akan mencadangkan supaya beliau dikenakan dakwaan membunuh, kata pegawai.

Beberapa jam selepas hakim mengarahkan Raymond Allen Davis, 36, ditahan untuk tempoh 14 hari lagi dan meminta kerajaan memastikan sama beliau mempunyai kekebalan diplomatik, Ketua Polis Lahore Aslam Tareen mengesahkan siasatan mendapati lelaki itu tidak bertindak untuk mempertahankan diri.

"Davis melepaskan tembakan dengan sengaja. Ia adalah satu pembunuhan yang kejam." katanya. Aslam berkata Davis memberitahu penyiasat bahawa seorang daripada lelaki Pakistan yang ditembaknya mengacukan pistol ke arahnya.

Bagaimanapun katanya siasatan menunjukkan semua peluru masih di dalam magazin pistol lelaki Pakistan berkenaan dan tiada peluru ditemui di tempat kejadian.

"Polis juga memutuskan bahawa Davis menembak dan membunuh lelaki kedua, ketika dia cuba melarikan diri dan peluru itu terkena belakang badannya," katanya.

Aslam menegaskan isu kekebalan diplomatik adalah urusan kerajaan, tetapi polis sudah menghantar kertas pertuduhan awal mencadangkan Davis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh.
Sementara itu Washington berkata, Davis menembak mati kedua-dua rakyat Pakistan terbabit di Lahore, 27 Januari kerana mereka cuba menyamunnya.

Washington bertegas penahanan Davis menyalahi undang-undang antarabangsa membabitkan diplomat kerana Davis adalah kakitangan kedutaan Amerika.

Washington mula menyekat hubungan diplomatik dan mengancam akan memotong bantuan ke negara itu bernilai berbilion dolar jika Davis tidak dibebaskan.

Pemimpin Pakistan yang bimbangkan kemarahan umum yang disemarakkan dengan sentimen antiAmerika, sejak beberapa hari lalu enggan memberi ulasan mengenai status perundangan Davis, sebaliknya berkata isu berkenaan sudah diserahkan kepada mahkamah.

Hakikat bahawa parti politik yang bersaing menguasai kerajaan persekutuan dan kerajaan Punjab di mana perbicaraan boleh diadakan meningkatkan lagi kesulitan kepada Pakistan untuk memberi reaksi.

Davis kini ditahan di penjara Kot Lakhpat di Lahore. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan