Selasa, 22 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Lelaki main komputer 3 hari maut

Posted: 22 Feb 2011 03:27 PM PST

Dunia

BEIJING: Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing, lapor media kerajaan semalam.

Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China, menurut penyelidik.

Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times. "Beliau membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari," kata laporan berkenaan.

"Polis juga merampas beberapa komputer sebagai sebahagian penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu," tambahnya. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Helah kerja di istana

Posted: 22 Feb 2011 03:27 PM PST

Dunia

Peluang saksi William kahwin

LONDON: Bagi orang yang tidak bernasib baik untuk dijemput menghadiri majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, jangan putus asa.

Ada pihak menyarankan supaya mereka memohon kerja membancuh kopi, melayan tetamu bagi majlis berkenaan mahupun membasuh selepas itu.

Seramai 1,900 orang disenaraikan sebagai tetamu majlis perkahwinan diraja Britain itu, April depan. Ratu Elizabeth meletakkan dua iklan kerja di laman web www.royal.gov.uk, untuk mendapatkan Pembantu Am bagi Bilik Kopi dan Membasuh.

Bagi yang berjaya, mereka akan diberi gaji £14,000 (RM70,000) setahun dan bertugas di Istana Buckingham di sini.

Pemohon yang berjaya juga akan diberi tugas pergi ke istana lain di seluruh Britain, menurut laporan.

Bagi jawatan pencuci pinggan mangkuk, orang itu mesti memastikan kebersihan di kawasan restoran dan dapur kakitangan.
Seorang lagi memikul tanggungjawab mengatur hidangan teh dan kopi serta sarapan.
Jika dua tugas itu tidak begitu digemari, ratu juga mencari seorang yang sedia menerima gaji £75,000 (RM1.9 juta) sebagai Ketua Lawatan Diraja yang memerlukan pemegang jawatan itu merancang kunjungan anggota diraja secara jimat dan sejajar dengan isu semasa alam sekitar. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan