Sabtu, 8 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Chile iktiraf Palestin negara bebas

Posted:

Chile iktiraf Palestin negara bebas

Chile iktiraf Palestin negara bebas

SANTIAGO 8 Jan. – Chile muncul negara terbaru mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka, kata Menteri Luarnya Alfredo Moreno semalam.

Beliau ketika membaca pengisytiharan kementerian itu berkata, kerajaan Chile telah mengadaptasi resolusi yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas, merdeka dan berdaulat.

Beliau menambah, Presiden Chile, Sebastian Pinera akan melawat Israel dan wilayah Palestin pada 4 dan 5 Mac ini.

Tahun lalu Brazil, Argentina, Bolivia dan Ecuador mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas dan Uruguay menyatakan negara itu juga akan mengikut jejak langkah sama tahun ini.

Kenyataan Chile itu tidak menyebut mengenai sempadan negara Palestin seperti yang dijelaskan jiran Amerika Selatannya iaitu sama seperti sempadan dibentuk pada 1967.

Sempadan itu ditetapkan sebelum Israel menakluk Tebing Barat termasuk timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza semasa konflik Arab-Israel yang dinamakan Perang Enam Hari.

Cuba, Venezuela, Nicaragua dan Costa Rica sebelum ini telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Sempadan negara Palestin merupakan isu paling sukar dibincangkan dalam rundingan damai dengan Israel.

Rundingan langsung pertama sejak hampir dua tahun antara Palestin-Israel yang bermula pada 2 September lalu, terhenti selepas tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi selama 10 bulan berakhir. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ansar al-Islam mahu serang negara-negara Arab

Posted:

Ansar al-Islam mahu serang negara-negara Arab

Ansar al-Islam mahu serang negara-negara Arab

BAGHDAD 8 Jan. - Sebuah kumpulan radikal, Ansar al-Islam mengancam untuk menyerang negara-negara yang menyertai Sidang Kemuncak Liga Arab di Baghdad Mac ini, kata pertubuhan itu dalam satu laman web semalam.

Menurut kenyataan itu, pertemuan pihak-pihak yang disifatkan sebagai zalim itu merupakan sebahagian daripada rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk memperbaiki hubungan dengan 'kerajaan penceroboh' di Iraq.

"Semua orang perlu tahu Iraq dijajah oleh tentera Salib dan hanya mereka yang tiada kepercayaan agama sahaja akan mengiktiraf kerajaan ini,'' kata kumpulan itu merujuk kepada pentadbiran Perdana Menteri, Nuri al-Maliki.

Ansar al-Islam yang ditubuhkan oleh veteran perang Afghanistan pada September 2001 berkata, semua bangunan komersil atau politik di negara-negara Arab bakal menjadi sasaran serangan.

Ancaman itu dikeluarkan ketika Setiausaha Liga Arab, Jeneral Amr Mussa mengunjungi Baghdad selama dua hari bermula hari ini.

Iraq tidak pernah menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak itu sejak 1978, walaupun satu pertemuan pemimpin luar biasa pernah diadakan pada 1990.

Kerajaan Iraq sebelum ini mengumumkan satu program untuk memulihkan Baghdad yang masih dibelenggu kesan perang dan memperuntukkan sejumlah AS$300 juta (RM930 juta) untuk mengubahsuai enam istana bagi penganjuran sidang kemuncak berkenaan.

Ansar al-Islam yang ditubuhkan oleh veteran Perang Soviet 1980-an itu kini berpangkalan di Kurdistan, Iraq berdekatan sempadan Iran.

Sebelum pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003, pasukan khas AS bertempur dengan Ansar al-Islam yang menyebabkan anggotanya meninggalkan ibu pejabat mereka.

Pada September 2003, kebanyakan anggota Ansar al-Islam membentuk kumpulan militan Ansar al-Sunna.

Pada Mei 2010, tentera AS mengumumkan tentera Iraq berjaya menahan ketua Ansar al-Islam di Baghdad.

Satu kenyataan berkata, lelaki itu, Abdullah al-Shafil dipercayai menyertai kumpulan tersebut sejak penubuhannya dan mempunyai hubungan dengan Osama bin Laden. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan