Sabtu, 8 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Cameron percaya Clegg tetapi bukan kawan rapat

Posted: 08 Jan 2011 02:41 PM PST

Dunia

pix_gal0
LONDON: Perdana Menteri British, David Cameron berkata beliau mempercayai timbalannya, Nick Clegg tetapi hubungan mereka tidak boleh pergi lebih jauh seperti kawan, katanya dalam temuramah yang disiarkan semalam.

Cameron memberitahu akhbar Daily Mail, bahawa beliau sebagai pemimpin Parti Konservatif dan Clegg pula yang memimpin Parti Liberal Demokrat mengambil risiko mentadbir bersama.

Ditanya sama ada beliau dan Clegg boleh digelar rakan, Cameron menjawab: "Hmm... kami tidak menonton wayang bersama tetapi kami jemput beliau dan isterinya, Miriam, makan malam bersama," katanya.

Cameron dituduh lebih rapat dengan Clegg secara peribadi dan politik berbanding pemimpin lain dalam Parti Konservatif.

Dua pemimpin itu berusia 44 tahun dan mendapat pendidikan di sekolah bertaraf tinggi.

"Politik berubah dari masa ke masa. Kami percaya antara satu sama lain. Kami berdua mula dari kedudukan yang sama dengan mengambil risiko.
"Lebih baik tidak melakukan ini (bersahabat), dari segi politik dan peribadi. Pada akhirnya, saya tidak mahu dianggap sombong atau terlalu baik.

"Tanya diri anda sama ada anda membuat sesuatu yang betul untuk negara. Kami rasa kami melakukan perkara yang betul," katanya yang turut berharap kerajaan campuran ini lebih bermakna daripada membersihkan Britain daripada rekod defisit.

"Saya mahukan lebih daripada kerajaan sekarang.

Saya mahu memimpin kerajaan yang benar-benar moden dan melaksanakan pembaharuan," katanya.

Kerajaan campuran ini menghadapi ujian pertama pada pilihan raya kecil Khamis lalu di utara England.

Parti pembangkang, Parti Buruh hampir mengalahkan Parti Liberal Demokrat pada pilihan raya Mei tetapi Parti Buruh menjadi parti pilihan untuk menang. Tinjauan juga mendapati parti Clegg hanya mendapat sokongan rendah sebanyak tujuh peratus. – AFP.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Korea Selatan tanam sejuta babi

Posted: 08 Jan 2011 02:40 PM PST

Sorry, Readability was unable to parse this page for content.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan