Ahad, 2 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Banjir Australia ragut korban pertama

Posted:

Banjir Australia ragut korban pertama

Banjir Australia ragut korban pertama


Pemandangan dari udara merakamkan keadaan rumah kediaman ditenggelami banjir di Theodore, Queensland, semalam. - REUTERS


BUNDABERG, Australia 2 Jan. - Banjir besar di timur laut Australia meragut korban pertamanya hari ini apabila mayat seorang wanita ditemui ketika paras air terus naik dan ribut kuat diramal berlaku.

Pegawai kecemasan dan polis menjalankan operasi mencari sepanjang malam tadi menggunakan bot dan helikopter, selepas wanita berusia 41 tahun itu dihanyutkan arus deras dari keretanya semasa cuba menyeberang satu laluan yang dinaiki air di wilayah Teluk Carpentaria.

Polis berjaya menyelamatkan tiga kanak-kanak dan seorang dewasa daripada kereta tersebut, tetapi mangsa dihanyutkan sebelum anggota penyelamat sempat menariknya.

"Anggota penyelamat menemui mayat mangsa pada kira-kira pukul 10.20 pagi ini kira-kira dua kilometer dari laluan tersebut," kata polis.

Seorang lagi lelaki turut dilaporkan hilang selepas bot nelayannya ditemui karam tengah hari semalam berhampiran Gladstone dan saksi menyatakan mereka turut ternampak seorang lagi lelaki dihanyutkan air di bandar Rockhampton.

"Arus air sangat deras, mangsa yang tergelincir pasti akan dihanyutkan dengan pantas," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Alistair Dawson.

Biro Kaji Cuaca melaporkan, satu ribut kuat dijangka melanda seluruh wilayah ini hari ini, yang diramal membawa angin kencang, hujan lebat, banjir kilat dan ketulan hujan batu besar.

Sehingga kini, kira-kira 200,000 penduduk dilapor terjejas akibat banjir itu yang menyaksikan hampir seluruh bandar di timur laut negara ini ditenggelami air, sekali gus menyebabkan kawasan seluas Perancis dan Jerman terputus hubungan.

Banjir juga dijangka mengakibatkan kerugian berbilion dolar akibat kerosakan dalam industri pertanian dan perlombongan.

Ia turut memaksa penutupan lapangan terbang utama di wilayah ini, Rockhampton, apabila landasan kapal terbangnya ditenggelami air. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Oprah Winfrey Network dilancar

Posted:

Oprah Winfrey Network dilancar

Oprah Winfrey Network dilancar


Pengacara Your OWN Show Nancy O'Dell (kiri) dan Carson Kressley (tengah) menemubual Oprah Winfrey sebagai tetamu dalam episod baru terbitan Oprah Winfrey Network yang mula disiarkan kelmarin. - REUTERS


NEW YORK 2 Jan. - Pengacara rancangan bual bicara terkenal, Oprah Winfrey melancarkan rangkaian kabel televisyennya sendiri, Oprah Winfrey Network (OWN), semalam.

Bagaimanapun majlis pelancarannya dikatakan berlangsung dengan agak hambar setelah bertahun-tahun merancang dan menggembar-gemburkan tentang penubuhan rangkaian kabel televisyen itu.

OWN menawarkan pratonton istimewa secara percuma selama sejam yang dihoskan sendiri oleh Winfrey yang juga merupakan pengacara bagi rancangan terkenal The Oprah Winfrey Show.

Di dalam pratonton itu, Winfrey menceritakan gambaran keseluruhan mengenai rancangan-rancangan yang disiarkan dalam rangakaian televisyennya itu.

Strategi itu bertujuan membangkitkan selera penontan bagi membolehkan mereka kembali dan merasai rancangan-rancangan baru yang disediakan oleh rangkaian itu apabila disiarkan.

"Saya mahu mengambil keunggulan daripada rancangan televisen hebat yang kami wujudkan seperti rancangan Oprah dan membawanya kepada anda menerusi kepelbagaian rancangan baru sepanjang bersiaran selama 24 jam seminggu.

"Setiap minit rancangan dalam rangkaian ini telah dipilih sebaik mungkin oleh saya untuk anda," kata Winfrey.

Winfrey bakal menamatkan program bual bicara paling popular Oprah Winfrey Show pada musim bunga ini selepas bersiaran selama 25 tahun.

Namun, siri realiti 25 episod, Behind the Scenes: The Oprah Show Final Season yang ditayangkan pada setiap malam Sabtu itu akan membolehkan penonton melihat Oprah daripada dekat ketika program itu hampir tamat.

Dalam pratonton istimewanya itu, Winfrey juga cuba menarik minat golongan muda dengan siri-siri rancangan yang akan memberi tumpuan kepada individu terkenal seperi Diane Sawyer, Simon Cowell, Jay-Z and Condoleezza Rice. - AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan