Ahad, 2 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Media Britain suka Madonna

Posted: 01 Jan 2011 04:45 AM PST

LONDON: Ratu pop Madonna dipilih sebagai selebriti paling banyak namanya disebut oleh media di Britain sepanjang satu dekad terakhir ini.

Menurut kaji selidik dilakukan Kantar Media, nama penyanyi berusia 52 tahun itu disebut media cetak di British sebanyak 46,000 kali sejak 2000.


Madonna memperoleh 15,000 sebutan nama lebih banyak berbanding Simon Cowell yang menduduki tangga kedua dalam senarai kaji selidik itu.

"Angka ini menunjukkan mengapa Madonna mendapat gelaran sebagai bintang legenda," kata penyelidik Kantar Media, Brian Merron.

Dalam kaji selidik itu, penyanyi Robbie Williams disenaraikan di tempat ketiga disusuli Kate Moss dan Britney Spears yang menduduki senarai keempat serta kelima.

Selebriti lain yang menduduki senarai 10 paling banyak disebutkan nama dalam media termasuklah Victoria Beckham yang menewaskan suaminya David dengan 880 sebutan nama. Beckham dilaporkan disebut sebanyak 50,000 kali.


Sementara itu, Michael Jackson menduduki tangga kelapan, Paul McCartney pula berada di kedudukan kesembilan dan Kylie Minogue mengakhiri senarai yang dikeluarkan clickliverpool.com. itu. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bapa upah penyanyi tulis lagu buat Lindsay

Posted: 01 Jan 2011 04:41 AM PST

HOLLYWOOD: Bapa aktres Lindsay Lohan, Michael Lohan dikhabarkan ingin menunjukkan perasaan kasih sayangnya terhadap Lindsay demi merebut tempat di hati pelakon itu kembali.

Dia mengupah anggota kumpulan All-4-One, Delicious Kennedy untuk menulis dan mempersembahkan lagu ditujukan khas buat Lindsay, lapor laman gosip TMZ.

Lagu yang ditulis itu mengisahkan seorang wanita muda yang cantik, berbakat dan mempunyai ramai peminat serta sering diekori paparazzi. Namun imejnya tercalar hingga dia patah semangat tetapi sentiasa ada seseorang yang setia menanti untuk memulihkan semangatnya kembali dan membantu memperbaiki keadaan.

Menurut Kennedy lagu yang ditulis khusus buat Lindsay itu berjudul 'My Rose'. Dia merakamkan lagu itu minggu lalu dan sudah memperdengarkannya kepada bapa Lindsay dan Lohan memberitahu Kennedy dia benar-benar menyukainya. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan