Selasa, 4 Januari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


36 cedera siling pawagam runtuh

Posted:

36 cedera siling pawagam runtuh

36 cedera siling pawagam runtuh


BUMBUNG siling sebuah pawagam runtuh di Bathurst, 175 kilometer dari Sydney kelmarin.


SYDNEY - Seramai 36 orang termasuk kanak-kanak cedera ringan apabila sebahagian siling sebuah pawagam runtuh selepas hujan lebat kelmarin.

Ketika kejadian, mereka menonton filem terbaru Chronicles of Narnia pada pukul 1.45 petang di pawagam itu di Bathurst, 175 kilometer dari sini.

Tiada kecederaan parah berlaku kerana mereka sempat menyelamatkan diri dengan menyorok di bawah kerusi.

Seorang wanita yang ditemui agensi berita Sky News, memberitahu bahawa seorang penonton sempat memberitahu penonton lain bahawa siling itu akan jatuh disebabkan hujan lebat.

"Seorang penonton memberitahu semua orang supaya berada di bawah kerusi untuk menyelamatkan diri," kata wanita itu yang datang menonton bersama dua orang anak.

Jabatan Kaji Cuaca Australia melaporkan angin bertiup selaju 90 kilometer sejam dengan jumlah taburan hujan 30 milimeter hanya dalam tempoh 30 minit.

Laporan awal menyatakan 16 orang terperangkap tetapi polis menegaskan semua penonton telah diselamatkan. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penggera jam iPhone tidak berfungsi

Posted:

Penggera jam iPhone tidak berfungsi

Penggera jam iPhone tidak berfungsi


GAMBAR yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald di Australia semalam menunjukkan Samantha Hanna memegang telefon bimbit iPhone yang mengalami masalah jam penggera.


HONG KONG - Ramai pengguna telefon bimbit pintar iPhone di Asia dan Australia merungut kerana sistem jam penggera pada gajet itu tidak berfungsi untuk mengejutkan mereka daripada tidur sejak kelmarin.

Sebahagian pengguna iPhone menyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bahawa mereka terlepas penerbangan dan lewat ke tempat kerja kerana sistem jam penggera pada telefon itu tidak berfungsi selama tiga hari berturut-turut.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Sueannlove melalui laman sosialnya memberitahu: "Penggera jam iPhone saya tidak berfungsi lagi. Perlu mencari jam lama saya."

Masalah itu bukan sahaja menimpa pengguna iPhone tetapi sebahagian pengguna produk Apple lain termasuk pemain muzik iPod yang mengalami masalah sama.

Syarikat Apple berjaya menjual sebanyak 14 juta unit iPhone sehingga 25 September lalu di seluruh dunia dan kini berada pada kedudukan kedua di belakang telefon bimbit Nokia berdasarkan jumlah jualan.

Kelmarin, syarikat itu menyatakan ia mengetahui masalah tersebut tetapi tidak menyatakan punca dan usaha penyelesaiannya. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen