Ahad, 16 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tunisia bakal praktik politik terbuka

Posted: 16 Jan 2011 07:29 AM PST

Dunia

POSTER Ben Ali dipijak oleh rakyat Palestin di Gaza, semalam.

POSTER Ben Ali dipijak oleh rakyat Palestin di Gaza, semalam.

Presiden sementara benarkan rakyat negara ambil bahagian

TUNIS: Presiden sementara Tunisia berikrar akan melaksanakan sistem politik terbuka selepas penggulingan bekas presiden yang memerintah negara itu selama 23 tahun, Zine el Abidine Ben Ali.

Selepas mengangkat sumpah, speaker Parlimen berusia 78 tahun Foued Mebazza berkata kepada rakyat Tunisia tanpa pengecualian kini boleh mengambil bahagian dalam politik negara. "Penyatuan kerajaan penting demi kesejahteraan rakyat," tambahnya sementara Dewan Perlembagaan mengumumkan pilihan raya presiden akan diadakan dalam tempoh dua bulan.

Tentera dan kereta perisai diarahkan berkawal di seluruh ibu negara Tunis ini berikutan keganasan yang menyebabkan rumah, kedai dan stesen kereta api dibakar.

Bunyi tembakan kedengaran di kawasan jalan di pusat bandar yang dikawal pasukan keselamatan untuk menghalang perusuh.

Tunisia berada dalam keadaan darurat sejak Jumaat yang mengharamkan sebarang perhimpunan awam dan melaksanakan peraturan ketat perintah berkurung dari malam ke subuh.
Ketua pergerakan Islam yang diharamkan Ben Ali memberitahu AFP beliau akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

"Intifada Tunisia berjaya dengan kejatuhan pemerintahan kuku besi," kata Rached Ghannouchi, pemimpin parti Ennahdha dari London.

Beberapa kereta mewah yang dicuri dipecahkan dan ditinggalkan berdekatan bandar ini. Kebanyakan kediaman dan kedai dibakar dengan perusuh mensasarkan harta kepunyaan keluarga Ben Ali.

Di MONASTIR, tengah Tunisia sekurang-kurangnya 42 banduan terbunuh apabila penjara terbakar berpunca daripada perbuatan membakar tilam, sebahagian usaha melarikan diri dan mengambil peluang dalam keadaan kucar kacir itu.

Ben Ali menandatangani peletakan jawatannya pada Jumaat lalu dan terbang ke Arab Saudi selepas gelombang protes tercetus secara besar-besar selepas seorang graduan universiti membakar diri selepas dilarang oleh pihak berkuasa daripada menjual buah dan sayur bagi menyara hidup keluarganya.

Kumpulan hak asasi manusia berkata puluhan rakyat terbunuh dalam protes itu yang bermula bulan lalu dan ia disebabkan pelbagai faktor termasuk kadar pengangguran yang tinggi, kemiskinan dan salah laku rasuah di kalangan pemerintah elit.

Kuasa antarabangsa termasuk negara Eropah dan Amerika menyeru keamanan di Tunisia dan berusaha ke arah demokrasi selepas rusuhan yang dikenali di kalangan media dan pengguna internet sebagai Revolusi Bunga Melur. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Guna diplomat asing reda tekanan

Posted: 16 Jan 2011 07:28 AM PST

Dunia

SALEHI (dua dari kiri) memberi penerangan kepada diplomat asing yang melawat kemudahan air di Arak, kelmarin.

SALEHI (dua dari kiri) memberi penerangan kepada diplomat asing yang melawat kemudahan air di Arak, kelmarin.

Iran ajak lawat loji uranium bertujuan dapatkan sokongan aktiviti nuklear

TEHERAN: Diplomat asing semalam melawat sebuah loji memperkayakan uranium Iran yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehari selepas negara teluk itu mengisytiharkan ia akan 'dengan gigih' meneruskan program nuklearnya.

Iran kelmarin membuka dua kawasan atomnya kepada diplomat dalam tindakan yang jarang dilakukan untuk mendapatkan sokongan bagi meneruskan program mereka menjelang rundingan penting bersama enam kuasa dunia di Istanbul minggu depan. Diplomat terbabit ialah wakil beberapa negara pemantau atom PBB, Agensi Kuasa Atom Antarabangsa (IAEA), melawat kemudahan air di Arak kelmarin.

Semalam, mereka melawat kemudahan pengkayaan uranium utama di Natanz, lokasi ia ditapis walaupun mendapat tentangan Barat.

Ketua atom Iran yang juga pemangku menteri luar, Ali Akbar Salehi, kelmarin berkata Iran akan meneruskan kerja pengkayaannya dengan gigih, menyangkal laporan bahawa masalah sekatan dan teknikal menghalang kerja nuklear terbabit.

"Sekatan terbaru tidak mencetuskan masalah bagi aktiviti nuklear kami.
"Aktiviti nuklear terutama dalam pengkayaan (uranium) kami berterusan.
Pengeluaran pengkayaan uranium kami bertambah," kata Salehi pada sidang media melalui siaran langsung stesen televisyen di Arak.

Kuasa dunia diketuai Washington, mahukan Teheran menghentikan kegiatan pengkayaan uranium kerana mereka mengesyaki ia bertujuan membuat senjata.

Iran berkata, aktiviti nuklear mereka untuk tujuan keamanan. Pertikaian itu menjadi perbincangan antara Iran dan enam kuasa dunia, Britain, China, Perancis, Russia, Amerika Syarikat dan Jerman di Istanbul pada 21 dan 22 Januari ini. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan