Rabu, 29 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


FPI kecam hasrat Jupe bercoli laser

Posted: 28 Dec 2010 12:32 PM PST

JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) mengambil keputusan tidak akan menyokong pasukan bola sepak Indonesia jika Julia Perez memakai coli laser di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF menentang Malaysia hari ini.

"Tidak boleh. Itu membabitkan Undang-Undang Pornografi. Kalau dia terus dengan hasratnya untuk memakai coli laser, kami tidak akan menyokong pasukan Indonesia," kata Ketua FPI Jakarta, Habib Salim Alatas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Julia Perez atau Jupe, penyanyi dangdut dan juga pelakon filem seram Indonesia untuk memakai coli laser bagi 'membutakan mata pemain Malaysia.'

FPI menganggap Jupe sebagai pelaku maksiat kerana mahu memakai coli laser.


"Tujuannya tidak baik. Sedangkan kita berdoa untuk kemenangan Indonesia, dia pula mahu lakukan maksiat," kata Habib. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Elton John, dapat ‘anak’ melalui ibu tumpang

Posted: 28 Dec 2010 12:31 PM PST

LOS ANGELES: Bintang pop Britain, Elton John dan teman gaynya, David Furnish menjadi ibu bapa seorang bayi lelaki yang dilahirkan menerusi seorang ibu tumpang di California.

Majalah mingguan, Us Magazine melaporkan, bayi yang dinamakan Zachary itu dilahirkan seorang wanita, penerbit filem dari Kanada.


"Kami terlalu gembira," kata John dan Furnish kepada majalah itu.

Pasangan berkenaan 'berkahwin' pada 2005, selepas 12 tahun tinggal bersama.


Zachary yang dikatakan sihat dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram.


Bagaimanapun, pasangan gay itu enggan membincangkan butir lanjut mengenai ibu tumpang bayi mereka.

Antara mereka yang pertama mengulas mengenai kelahiran bayi itu ialah model yang juga aktres Britain dan rakan pasangan mereka, Elizabeth Hurley.


John sebelum ini merancang mengambil anak angkat warga Ukraine tetapi hasratnya dihalang oleh undang-undang Ukraine yang mengharamkan perkahwinan sesama jantina. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan