Rabu, 22 Mei 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Usaha menyelamat diteruskan di Moore

Posted: 22 May 2013 01:06 PM PDT

Pasukan kecemasan guna anjing kesan mangsa puting beliung

Moore: Usaha menyelamat di kawasan yang dilanda puting beliung diteruskan sepanjang malam kelmarin sehingga pagi semalam, dengan pegawai yakin semua yang terperangkap dalam bencana itu sudah diambil kira.

Puting beliung besar yang melanda pinggir Moore di Bandaraya Oklahoma malam Isnin lalu memusnahkan rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan kira-kira 240.
Pasukan penyelamat mengangkat tembok dan kanak-kanak berlari keluar. Mereka mengeluarkan kanak-kanak daripada bawah blok tanpa cedera sedikit pun" Jeremy Lewis, Wakil Jabatan Polis Oklahoma

Jurucakap Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Jerry Lojka, berkata pasukan mencari dan menyelamat menggunakan anjing akan mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tetapi perhatian juga diberikan kepada usaha membersihkan kawasan itu.

"Mereka akan terus mencari di kawasan untuk memastikan tiada yang terlepas pandang," katanya.

Selepas seharian mencari di kawasan rumah musnah yang perlahan akibat musim hujan, pesuruhjaya Mukim Oklahoma, Brian Maughan, berkata tiada seorang pun yang hilang.

"Setakat saya tahu, daripada senarai yang kami ada mereka semua dikira," katanya.
Petang kelmarin, pasukan yang menggunakan anjing dan anggota pengawal kebangsaan bertukar syif untuk bekerja sepanjang malam.

Angka kematian seramai 24 orang lebih daripada dikhuatiri sebelumnya, tetapi sembilan kanak-kanak antara yang maut termasuk tujuh meninggal dunia di Sekolah Rendah Tower Plaza yang diserang secara langsung oleh puting beliung paling ganas pernah melanda Amerika dalam masa dua tahun.

Lebih 100 mangsa dikeluarkan

Pekerja kecemasan mengeluarkan lebih 100 mangsa terselamat daripada sisa runtuhan rumah, sekolah dan hospital selepas puting beliung melanda wilayah bandar raya itu dengan angin melebihi 320 kilometer sejam, meninggalkan jejak kemusnahan 23 kilometer panjang dan dua kilometer lebar.

Sekolah Rendah Menara Plaza adalah antara lima sekolah yang berada dalam laluannya.

"Pasukan penyelamat mengangkat tembok dan kanak-kanak berlari keluar. Mereka mengeluarkan kanak-kanak daripada bawah blok tanpa cedera sedikit pun," kata Sarjan Jeremy Lewis daripada Jabatan Polis Oklahoma.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menaikkan kiraan kekuatan ribut itu kelmarin, berkata ia adalah EF5 yang jarang berlaku, senarai paling kuat dalam Skala Fujita.

Kali terakhir puting beliung gergasi menyerang kawasan itu adalah pada 3 Mei 1999 yang membunuh lebih 40 orang dan memusnahkan ribuan rumah. Ia juga disenaraikan sebagai EF5.

Walaupun Lojka berkata jejambat di kawasan terjejas kelmarin menunjukkan 2,400 rumah rosak dengan anggaran 10,000 penduduk turut menerima kesan, angka kematian lebih rendah daripada jangkaan.

Angka itu sedikit daripada mangsa puting beliung 2011 yang melanda Joplin, Missouri, yang membunuh 161 orang. - REUTERS

Sekutu Ahmadinejad tersingkir

Posted: 22 May 2013 01:01 PM PDT

Tehran: Pegawai pilihan raya Iran menyingkirkan dua tokoh terkenal berpotensi menang, bekas presiden Akbar Hashemi Rafsanjani dan Esfandiar Rahim Mashaei daripada persaingan pemilihan jawatan presiden semalam.

Penyingkiran itu sekali gus menyekat orang kanan Presiden Mahmoud Ahmadinejad untuk meneruskan agenda pembaharuan di Iran.

Keadaan ini dilihat akan memberikan laluan mudah kepada calon mesra pembangunan untuk menggantikan Ahmadinejad, yang hilang sokongan golongan ulama.
Keputusan nampaknya bertujuan membuang banyak elemen kejutan dalam persaingan itu" Penganalisis

Lantang bersuara

Ia juga mendorong golongan sederhana dan pembangkang terus lantang bersuara ketika kepemimpinan Iran yang berdepan cabaran kritikal seperti sekatan antarabangsa dan rundingan dengan kuasa dunia berhubung program nuklear Tehran.

Senarai rasmi undian yang diumumkan menerusi televisyen, lewat enam jam daripada yang dijadualkan. Ia meningkatkan spekulasi pihak berkuasa memberikan masa untuk rayuan oleh calon yang dikeluarkan dan penyokong mereka dibawa kepada Ayatollah Ali Khamenei yang mempunyai kuasa pemutus dalam semua perkara.

"Keputusan nampaknya bertujuan membuang banyak elemen kejutan dalam persaingan itu, termasuk sama ada Rafsanjani boleh memulihkan pergerakan pembaharuan atau sama ada Ahmadinejad boleh memainkan peranan belakang tabir dalam pilihan raya itu dengan pewaris politik yang dipilihnya," kata penganalisis. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan