Isnin, 8 April 2013

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pemandu bas sebabkan sembilan kematian dijatuhi hukuman mati

Posted: 08 Apr 2013 12:22 PM PDT

MUMBAI 9 April - Seorang pemandu bas, yang menyebabkan kematian sembilan orang dalam kejadian amuk pada tahun lalu, dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah India semalam.

Agensi berita Press Trust of India yang memetik kenyataan hakim melaporkan, Santosh Mane, 30, dijatuhi hukuman tersebut selepas dia melanggar sembilan orang termasuk penunggang motosikal, pejalan kaki dan peniaga dalam kemalangan yang berlaku pada awal pagi Januari tahun lalu.

"Tertuduh didapati melakukan pembunuhan sembilan individu dengan memandu bas secara berbahaya dengan niat dan mengetahui tindakannya itu sangat berbahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian," jelas laporan berkenaan. - AFP

Serangan bom kereta di Damsyik, 15 maut

Posted: 08 Apr 2013 12:20 PM PDT

DAMSYIK 9 April - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 53 lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati yang dilancarkan pengganas Syria di sini, semalam.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, pengebom berani mati dipercayai meletupkan kereta di antara dataran Bahrat dan Jalan Shahbandar.

Seorang wartawan AFP berkata, letupan terbabit menyebabkan kerosakan teruk dan bunyi tembakan turut kedengaran selepas serangan itu berlaku.

Serangan berkenaan juga menyebabkan tingkap biro AFP di Damsyik pecah, namun tiada kakitangan dilaporkan cedera. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan