Jumaat, 25 Januari 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pemerintah Syria minta warganya berdoa

Posted:

Pemerintah Syria minta warganya berdoa

Pemerintah Syria minta warganya berdoa

AFP - BASHAR (kiri) duduk di sebelah Ahmed di sebuah masjid di utara Damsyik.


DAMSYIK – Pihak berkuasa Syria menyeru berjuta-juta warga negara ini untuk berdoa di masjid-masjid pada hari ini bagi mengembalikan keamanan selepas 22 bulan berlaku pertumpahan darah, kata seorang menteri.

"Doa itu perlu dilakukan setiap kali selepas solat Jumaat di masjid-masjid bagi memohon keselamatan dan keamanan di Syria," kata Menteri Hal Ehwal Agama, Mohammed Abdel Settar dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu disiarkan oleh agensi berita SANA semalam.

Konflik di Syria mula berlaku pada Mac 2011 selepas para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan melancarkan tentangan ke atas rejim Presiden Bashar Al-Assad kerana mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.

Para penentang itu menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara.

Lebih 43,000 nyawa kebanyakan orang awam telah dilaporkan terkorban sejak pertempuran tersebut berlaku di Syria.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan lebih 60,000 orang terbunuh.

Sementara itu, Bashar menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di masjid yang terletak di sebuah daerah utara Damsyik semalam.

Beliau dilihat duduk di sebelah Mufti Syria, Ahmed Hassun.

Imej itu disiarkan stesen televisyen Syria. – Agensi

Aktivis tuntut wakil rakyat disiasat kes berkaitan seks di Bolivia

Posted:

Aktivis tuntut wakil rakyat disiasat kes berkaitan seks di Bolivia

Aktivis tuntut wakil rakyat disiasat kes berkaitan seks di Bolivia


AP - SEORANG anggota polis mengawal Alcibia (kanan) di Sucre, Bolivia pada Selasa lalu.


LA PAZ, Bolivia – Beberapa kumpulan hak asasi wanita menuntut supaya satu siasatan serangan seksual dijalankan ke atas seorang wakil rakyat selepas satu rakaman kamera keselamatan mendedahkan beliau memaksa seorang penjaga bangunan yang mabuk melakukan hubungan seks.

Wakil rakyat itu, Domingo Alcibia telah ditahan pada Selasa lalu iaitu seminggu selepas insiden tersebut berlaku.

Pihak pendakwa raya berkata, Alcibia akan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa dan bukan kerana merogol wanita berkenaan disebabkan tiada laporan dibuat berhubung kejadian jenayah tersebut.

"Kami mendesak supaya pejabat pendakwa raya menyiasat insiden itu dan sekiranya perlu, kami akan menjadi orang yang akan memfailkan aduan rogol," kata jurucakap Pusat Maklumat dan Pembangunan Wanita, Patricia Branez kelmarin. – AP

21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di negeri India

Posted:

21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di negeri India

21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di negeri India


AFP - SEORANG wanita memegang sebilah pisau yang diberikan oleh kakitangan parti Shiv Sena di Mumbai kelmarin.


MUMBAI – Sebuah parti politik berhaluan kanan India mengedarkan beribu-ribu bilah pisau kepada golongan wanita di sebuah negeri di barat India untuk digunakan mereka jika diserang.

Pisau-pisau itu diberikan selepas seorang pelajar wanita yang berusia 23 tahun mati akibat dirogol oleh beberapa lelaki pada Disember tahun lalu.

Parti Shiv Sena itu mengedarkan senjata tersebut pada Rabu lalu pada sebuah majlis yang diadakan di sini.

Pemimpin parti itu, Ajay Chowdhary berkata, wanita harus menyimpan pisau tersebut dekat dompet mereka.

Sejumlah 21,000 bilah pisau itu diedarkan manakala negeri Maharashtra yang kerap berlaku kejadian rogol dan bunuh menjadi tumpuan utama pengedaran. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan