Isnin, 17 Disember 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Mayat jururawat ditipu tiba di India

Posted:

Mayat jururawat ditipu tiba di India

Mayat jururawat ditipu tiba di India

KERANDA Saldanha tiba di sebuah lapangan terbang di Mangalore, India semalam.


MANGALORE, India - Mayat jururawat Hospital King Edward VII, London, Jacintha Saldanha, 46, yang ditemui mati selepas menggantung diri di kediamannya kerana ditipu dua penyampai radio dari sebuah stesen radio Australia yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles tiba di sebuah lapangan terbang di sini semalam untuk dikebumikan.

Majlis pengebumian Saldanha dijangka berlangsung pada hari ini di kampung halaman suaminya, Benedict Barboza di Shirva kira-kira 50 kilometer dari Mangalore.

Barboza bersama-sama kedua-dua anaknya Lisha, 14, dan Junal, 16, mengiringi jenazah Saldanha sepanjang penerbangan ke sini.

Paderi Gereja Our Lady of Health, Stany Tauro berkata, mayat Saldanha akan dikebumikan pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Seramai 5,000 orang dijangka hadir pada majlis tersebut.

Saldanha ditemui mati pada 7 Disember lalu di kediaman untuk kakitangan hospital tersebut, tiga hari selepas menyambung panggilan kepada rakan setugasnya yang mendedahkan berita mengenai tahap kesihatan isteri Putera William, Kate Middleton.

Kate sebelum ini dilaporkan loya ekoran kehamilannya dan di dirawat di hospital tersebut selama empat hari.

William ialah cucunda ratu tersebut.

Saldanha yang berketurunan India turut mempunyai kecederaan di pergelangan tangan dan meninggalkan tiga keping nota.

Kedua-dua penyampai stesen radio 2Day FM, Michael Christian dan Mel Greig bertindak memohon maaf dalam satu wawancara di televisyen pada minggu lepas.

Ekoran penyamaran itu, kedua-dua penyampai radio tersebut menerima kritikan pelbagai pihak kerana menyebabkan kematian yang tragis itu.

Laporan di akhbar Sunday Times semalam menyatakan Saldanha terlibat dengan perbalahan bersama seorang rakan setugasnya sebelum kematiannya.

Dia juga dilaporkan tidak gembira yang layanan yang diberikan pihak pengurusan hospital ekoran kejadian tersebut.

Kelmarin, sejumlah pelajar India berarak ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di New Delhi bagi menuntut keadilan terhadap kematiannya. - Agensi

Orkestra guna peralatan muzik kitar semula

Posted:

Orkestra guna peralatan muzik kitar semula

Orkestra guna peralatan muzik kitar semula


CHAVEZ mengetuai para pelajarnya berlatih bermain muzik di Cateura, Paraguay pada 11 Disember lalu.


ASUNCION, Paraguay - Seorang pengarah muzik terkenal, Fabio Chavez menubuhkan sebuah orkestra yang terdiri daripada 20 kanak-kanak yang menggunakan peralatan muzik yang dikitar semula.

Chavez membuka sebuah sekolah muzik kecil di sbeuah kawasan pelupusan sampah lima tahun lalu di Cateura dengan tujuan untuk mengelak mereka menjadi golongan muda menjadi remaja bermasalah.

Bagaimanapun, dia hanya mengandungi lima peralatan muzik untuk diagih-agihkan kepada anggota orkestranya.

Justeru, Chavez meminta salah seorang pengutip barang kitar semula, Nicolas Gomez memperbaiki alat muzik yang telah dibuang.

"Dia menemui dram dan membaikinya. Saya pernah memintanya membuat gitar," katanya.

Orkestra itu telah membuat persembahan di Brazil, Panama dan Colombia pada tahun ini. - Agensi

Parti LDP kembali berkuasa di Jepun

Posted:

Parti LDP kembali berkuasa di Jepun

Parti LDP kembali berkuasa di Jepun


ABE (kanan) dan Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP), Shigeru Ishiba bergambar di depan papan nama-nama calon pilihan raya di ibu pejabat parti LDP di Tokyo semalam.


TOKYO - Parti Liberal Demokratik (LDP) kembali berkuasa apabila memenangi pilihan raya Jepun semalam selepas kekalahan mengecewakan tiga tahun lepas.

Kemenangan itu dilihat memberi peluang cerah bagi bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe untuk memperjuangkan agenda keselamatan dan ekonomi.

Parti LDP dijangka melaksanakan pendirian lebih tegas terhadap wilayah pertikaian dengan China, dasar pronuklear dan kemungkinan memperkenalkan dasar kewangan serta perbelanjaan fiskal untuk mengatasi deflasi dan isu mata wang yen yang kukuh.

Keputusan pengiraan undian oleh stesen televisyen menunjukkan LDP memenangi hampir 300 dari 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan.

Parti sekutunya, New Komeito dijangka memenangi kira-kira 30 kerusi.

Ia akan memberikan kedua-kedua parti itu majoriti dua pertiga di parlimen.

Kepimpinan tertinggi LDP dan New Komeito mengesahkan mereka akan membentuk pakatan bersama.

Pengiraan undian menunjukkan Perdana Menteri Yoshihiko Noda yang mewakili Parti Demokratik Jepun (DPJ) memenangi hanya 65 kerusi.

Parti DPJ yang memenangi pilihan raya pada 2009 berjanji memberi lebih tumpuan yang lebih kepada kebajikan pengguna dan mengurangkan birokrasi.

Seorang eksekutif parti DPJ, Kohei Otsuka memberitahu stesen televisyen NHK, Noda dijangka meletak jawatan kerana kekalahan tersebut.

Kebanyakan pengundi berkata, DPJ gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.

Kepimpinan Noda dikatakan bergelut untuk mentadbir dengan baik dan gagal mengatasi bencana gempa bumi termasuk tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu serta kerosakan loji tenaga nuklear.

Tsunami yang berlaku di barat laut negara tersebut menyebabkan sebuah loji tenaga nuklear di Fukushima mengalami kerosakan.

Noda juga meluluskan kenaikan cukai jualan yang menimbulkan kemarahan rakyat. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan