Jumaat, 28 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Aktres filem hina nabi saman YouTube, Google

Posted: 27 Sep 2012 01:30 PM PDT

Desak hakim perintah 'Innocence of Muslims' dibuang dari internet

Los Angeles: Aktres yang mendakwa ditipu untuk muncul dalam filem menghina Islam yang mencetuskan bantahan umat Islam di seluruh dunia mengemukakan saman di mahkamah persekutuan kelmarin dalam usaha baru mengeluarkannya daripada laman YouTube.

Garcia fail saman

Garcia menuduh pengarah filem itu menipu, melakukan fitnah dan tidak jujur"

Saman yang difailkan Cindy Lee Garcia menamakan YouTube dan syarikat induknya, Google Inc, sebagai defendan, selain penganut Kristian Koptik Mesir-Amerika Syarikat dari California dipercayai mendalangi pembikinan filem itu.

Saman Garcia mengenal pasti Nakoula Basseley Nakoula, 55, dari Los Angeles yang pernah dipenjarakan kerana kes penipuan bank, sebagai penerbit filem itu.

Mahkamah tolak saman

Minggu lalu, mahkamah Los Angeles menolak permohonan Garcia untuk mengeluarkan perintah sementara menyuruh YouTube berhenti menyiarkan video 13 minit itu.
Seperti dalam saman terdahulu, Garcia menuduh pengarah filem itu menipu, melakukan fitnah dan menjalankan perniagaan tidak jujur.

Saman itu turut mendesak diberi hak cipta lakonannya dalam video berkenaan.
Kes Garcia adalah saman awam pertama berpunca daripada video itu yang dikatakan sebagai promosi filem.

Klip berkenaan mencetuskan bantahan anti-Amerika di Mesir, Libya dan beberapa negara Islam lain sejak dua minggu lalu.

Ia menyebabkan misi diplomatik Amerika diserang di Benghazi yang membunuh empat warga Amerika termasuk duta negara itu ke Libya. - Reuters

Saudi tahan 908 jemaah

Posted: 27 Sep 2012 01:28 PM PDT

Jeddah: Arab Saudi menahan 908 wanita Nigeria yang mahu mengerjakan haji sebaik tiba di lapangan terbang dan mahu menghantar mereka pulang kerana tidak diiringi suami atau saudara lelaki mengikut peraturan di Makkah.

Ini adalah kali pertama jemaah kemungkinan dihantar pulang berikutan isu pengiring lelaki, kata Suruhanjaya Haji Nigeria. Satu perjanjian di antara Arab Saudi dan Nigeria sebelum ini mengecualikan jemaah wanita membawa saudara lelaki untuk mengiringi mereka yang memerlukan biaya tambahan AS$4,000 (RM12,000) seorang.

Hingga kini, pegawai jemaah negeri dibenar untuk menggantikan saudara lelaki atau suami jemaah wanita. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan