Selasa, 12 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bogel di luar rumah selebriti

Posted: 11 Jun 2012 10:18 AM PDT

HOLLYWOOD: Seorang lelaki bogel ditangkap di jalan raya oleh polis selepas didakwa menjerit bahawa dia khayal kerana mengambil dadah, berhampiran kediaman selebriti terkenal Hollywood, semalam.

Polis dipanggil ke kawasan berhampiran rumah Orlando Bloom dan isteri, Miranda Kerr dan mendapati lelaki itu tersembam di jalan raya.

Dia kemudian melompat ke dalam semak apabila polis menghampirinya.

Polis menyarungkan sarung tangan hitam sebelum menariknya keluar dan menangkapnya.


Lelaki itu yang identitinya belum diketahui, digari dengan tangannya di belakang sebelum dibawa oleh kereta peronda itu.


Kejadian di Hollywood Hills itu juga berhampiran dengan kediaman selebriti terkenal seperti Jason Statham, Charlize Theron, Laura Dern dan Will Ferrell.

Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa yang menelefon polis atau jenis kesalahan yang menyebabkan lelaki itu ditangkap. - DM




Rupert, 9 kg, kucing paling besar di Australia

Posted: 11 Jun 2012 08:52 AM PDT

SYDNEY: Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.

Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk.

Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat.


Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: "Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya.


"Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat."

Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: "Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar.

"Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya."

Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar.

Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter. - DM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan