Ahad, 27 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


PAP tewas pilihan raya kecil Hougang

Posted:

PAP tewas pilihan raya kecil Hougang

PAP tewas pilihan raya kecil Hougang

PERDANA MENTERI SINGAPURA, Lee Hsien Loong (kiri) berjabat tangan dengan seorang penyokong pada satu perhimpunan politik di daerah Hougang, Khamis lalu.


SINGAPURA - Pengundi Singapura sekali lagi mengetepikan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan kecil kerusi Daerah Hougang semalam.

Beberapa pegawai pilihan raya berkata, calon Parti Pekerja, Png Eng Huat mendapat 62 peratus daripada keseluruhan 62,000 undi sekali gus mengekalkan penguasaan parti pembangkang tersebut di Hougang.

Calon PAP, Desmond Choo pula memperoleh cuma 38 peratus undi pada pilihan raya tersebut.

Pilihan raya berkenaan diadakan oleh Pemerintah Singapura selepas kepimpinan Parti Pekerja menyingkirkan wakil rakyat mereka, Yaw Shin Leong kerana enggan memberi penerangan berhubung dakwaan beliau menjalinkan hubungan sulit.

Choo tewas kepada Shin Leong semasa pilihan raya umum pada Mei tahun lalu.

Prestasi PAP dalam pilihan raya berkenaan adalah yang terburuk sejak Singapura memperoleh kemerdekaan pada 1965.

Parti pemerintah berkenaan kini menguasai 81 daripada 87 kerusi di Parlimen manakala baki enam kerusi lagi diduduki oleh Parti Pekerja. - Agensi

Aishwarya Rai tidak kisah badan gemuk

Posted:

Aishwarya Rai tidak kisah badan gemuk

Aishwarya Rai tidak kisah badan gemuk


AISHWARYA RAI bergaya di depan kamera pada Festival Filem Cannes di Perancis kelmarin.


CANNES, Perancis - Tidak seperti selebriti lain yang begitu mementingkan penjagaan berat badan, aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan memberitahu, dia gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang.

Heroin filem Dhoom 2 itu berada di Festival Filem Cannes di sini untuk acara karpet merah sebelum menghadiri lelongan amal bagi memerangi AIDS anjuran Sinema amfAR.

Kemunculan Rai, 38, sememangnya dinantikan oleh peminat yang tidak sabar melihat sama ada bekas Ratu Cantik Dunia itu kembali kurus selepas melahirkan anak pada tahun lalu.

Namun, Rai berkata, dia tidak bimbang tentang tanggapan peminat terhadap dirinya.

"Seseorang pelakon akan sentiasa menjadi tumpuan, akan ada pelbagai tanggapan," kata Rai.

"Ya, memang ada tanggapan negatif tetapi saya tidak kisah," tambahnya lagi.

Rai yang merupakan isteri kepada hero Bollywood, Abhishek Bachchan turut menolak saranan peminat agar dia berdiet supaya kembali langsing.

"Saya gemar makan dan tidak pernah mengamalkan diet yang ketat," tegas aktres tersebut. - Agensi

Angkasawan ISS lawat kapal angkasa swasta

Posted:

Angkasawan ISS lawat kapal angkasa swasta

Angkasawan ISS lawat kapal angkasa swasta


KOMANDER ISS, Oleg Kononenko (kanan) dan angkasawan, Donald Pettit menunjukkan isyarat bagus ketika berada di dalam kapal angkasa Dragon semalam.


CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa kru Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam menjejakkan kaki ke dalam kapal angkasa lepas komersial pertama di dunia, Dragon SpaceX.

Kapal angkasa buatan syarikat SpaceX tersebut tiba di ISS pada hari sebelumnya.

Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Donald Pettit merupakan orang pertama yang masuk ke dalam kapsul Dragon.

Beliau berkata, kapsul berkenaan yang berbau seperti sebuah kereta baharu, boleh membawa muatan menyamai kapasiti sebuah trak pikap.

Pettit dan kru lain mempunyai masa hingga pertengahan minggu depan untuk mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa Dragon dan mengisi kapsul berkenaan dengan barangan untuk dihantar ke Bumi.

Berpangkalan di California, SpaceX merupakan syarikat swasta pertama yang menghantar kapal angkasa ke ISS.

NASA menyerahkan tugas penghantaran tersebut bagi memberi tumpuan kepada misi untuk menghantar angkasawan ke asteroid dan Planet Marikh. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Komen