Ahad, 27 Mei 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kebakaran hutan AS merebak

Posted: 27 May 2012 02:44 PM PDT

Dunia

ASAP berkepul di kawasan kebakaran di Hutan Gila di New Mexico. Kebakaran hutan kini melanda enam negeri di Amerika Syarikat.

ASAP berkepul di kawasan kebakaran di Hutan Gila di New Mexico. Kebakaran hutan kini melanda enam negeri di Amerika Syarikat.

SANTA FE: Kebakaran hutan melanda enam negeri di Amerika Syarikat sejak empat hari lalu, sudah memusnahkan kawasan seluas lebih 520 kilometer persegi dengan keadaan di wilayah pergunungan di barat daya New Mexico dilaporkan semakin tidak terkawal.

Usaha mencegah kebakaran daripada terus merebak di kawasan yang tidak ramai penduduk di Arizona, Colorado, Michigan, Nevada, New Mexico dan Utah terjejas akibat angin kencang dan keadaan kering lewat musim bunga.

Beberapa bandar kecil termasuk bandar perlombongan bersejarah Wild West di Mogollan, kini sunyi sepi, apabila beratus-ratus penduduk diarahkan berpindah apabila kebakaran semakin merebak. Kebakaran Kompleks Whitewater-Baldy New Mexico, yang bermula akibat dipanah petir 10 hari lalu, merebak ke seluruh kawasan seluas 33,286 hektar hingga Jumaat lalu dan pihak berkuasa berkata kawasan yang terjejas mungkin lebih besar daripada yang dianggarkan.

"Kita tahu keadaan semakin serius sejak semalam malangnya kami tidak memiliki angka sebenar," kata Pegawai Maklumat Kebakaran, Dan Ware.
Beliau berkata, lebih 580 anggota bomba dan kakitangan sokongan kini bertungkus-lumus memadam kebakaran.

"Ini adalah kebakaran terbesar dari segi saiz setakat ini, jadi kami boleh mendapat semua bentuk bantuan yang diperlukan, malangnya kami tidak pasti sama ada dapat memadamkan kebakaran menggunakan kapal terbang," katanya.
Beliau berkata anggota bomba sukar untuk sampai ke lokasi kebakaran berikutan ia berlaku di kawasan yang sangat curam, berbatu dan tidak dapat dilalui, selain tidak dapat mencari jalan pintas.

"Kebakaran yang berlaku sangat besar, sehingga menyebabkan kami terpaksa mengundurkan pasukan bomba. Kami menjangka satu lagi hari seperti hari ini.

"Dengan angin kencang dan kelembapan rendah ada potensi besar untuk kebakaran menjadi semakin tidak terkawal," katanya.

Asap daripada kebakaran di New Mexico merebak ke utara ke kawasan metropolitan Denver kelmarin, ketika anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran berasingan di sempadan Utah-Colorado.

"Kebakaran seluas 1,133 hektar berlaku di kawasan terpencil berhampiran Paradox, Colorado, manakala di utara Michigan, hutan yang terbakar sudah mencapai 4,600 hektar, " kata jurucakap Perkhidmatan Hutan Amerika, Steve Segin.

Katanya hanya ada beberapa ladang terpencil di kawasan itu dan tiada struktur yang hilang setakat ini, walaupun kebakaran akibat angin amat besar,
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menyatakan kebanyakan kawasan di barat Colorado diletakkan di bawah amaran 'bendera merah' untuk kebakaran hutan akibat suhu panas, kelembapan rendah dan angin kencang. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Desakan kira semula undi

Posted: 27 May 2012 02:42 PM PDT

Dunia

KAHERAH: Calon pilihan raya Presiden Mesir yang menduduki tempat ketiga Hamdeen Sabahi, 58, mendesak pengiraan semula sebahagian undi, sambil mendakwa wujud salah laku yang menyebabkan keputusan berubah.

Pengurus kempen pilihan raya Sabahi, Hossam Mounis berkata pihaknya menerima klip video yang dikirim penyokong, menunjukkan wujud salah laku dalam pengundian pada 23 dan 24 Mei lalu.

Sabahi, yang dianggap wira golongan miskin, berada di tempat ketiga dengan kelebihan 700,000 undian, menyebabkan beliau terkeluar daripada undian pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 dan 17 Jun ini. "Kami sedang menunggu keputusan rasmi. Kami akan berusaha untuk bertanding pada pusingan kedua untuk memenuhi matlamat yang ingin dicapai," katanya kepada kira-kira 3,000 penyokong beliau yang berhimpun di luar ibu pejabat partinya di Giza.

Sabahi memperoleh 21.5 peratus undian, diikuti Abolfotoh, tokoh sederhana Islam yang berpisah dengan Ikhwanl Muslimin.

Ramai rakyat Mesir kecewa dengan keputusan awal, yang memperlihatkan pilihan raya seolah-olah seperti kembali kepada era bekas Presiden Hosni Mubarak iaitu pertembungan antara tokoh berakar umbi tentera menjanjikan kekuatan untuk memastikan kestabilan dan tokoh Islam yang ditindas ketika rejim lama tetapi menjadi parti politik berpengaruh selepas revolusi Mesir.

Setiap calon mempunyai penyokong kuat tetapi juga dibenci oleh sebahagian rakyat lain.
Dua calon yang menang dalam pusingan pertama pilihan raya presiden Mesir Ahmad Shafiq dan Mohammed Morsi bagaimanapun sudah memulakan kempen merayu sokongan pengundi yang menolak mereka ketika berdepan cabaran baru daripada calon ketiga yang mencabar keputusan awal.

Shafiq, kelmarin berikrar tidak akan menghidupkan semula rejim kuku besi lama ketika berusaha mengikis imejnya sebagai tokoh antirevolusi manakala calon Ikhwanul Muslimin, Morsi, mendekati kalangan yang bimbang dengan pemerintahan Islam dan kebangkitan negara beragama.

Banyak undi boleh diperoleh tetapi kedua-dua calon perlu bersaing hebat mengambil hati pengundi kelas pertengahan di tengah desakan aktivis supaya memulaukan undian yang memecah belahkan rakyat. – AP


Tiada ulasan:

Catat Komen