Ahad, 29 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Presiden Ukraine lawat lokasi letupan

Posted:

Presiden Ukraine lawat lokasi letupan

Presiden Ukraine lawat lokasi letupan

BEBERAPA orang pegawai polis memeriksa lokasi letupan di Dnipropetrovsk semalam. Empat letupan di bandar tersebut mencederakan 27 orang mangsa termasuklah sembilan kanak-kanak.


DNIPROPETROVSK, Ukraine - Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych melawat bandar Dnipropetrovsk yang digegarkan oleh empat letupan dan mencederakan 27 orang menjelang sepak mula perlawanan bola sepak Euro 2012.

Letupan itu berlaku di tengah bandar ini pada Jumaat. Menurut Kementerian Kecemasan Ukraine, 22 orang mangsa dirawat di hospital dengan tiga daripadanya cedera parah.

Yanukovych menyifatkan serangan sebagai cabaran kepada negara. Serangan itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum Ukraine dan Poland menjadi penganjur bersama Euro 2012 yang bermula pada 8 Jun. Kebetulan juga, satu latihan keselamatan antikeganasan diadakan di sebuah stadium di Kiev.

Bom pertama yang disembunyikan di dalam satu bakul sampah meletup pada tengah hari semalam, sebelum diikuti oleh tiga letupan lain.

Badan bola sepak Eropah, EUFA menyatakan, pihaknya yakin Ukraine mampu memastikan aspek keselamatan. Ketua Polisi Asing Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton menyatakan bahawa EU berhubung rapat dengan Ukraine dan bersedia memberi bantuan.

"Situasi ini perlu ditangani dengan serius," kata Perdana Menteri Poland, Donald Tusk. - AFP

Kanye West kuasai carta

Posted:

Kanye West kuasai carta <i>Rolling Stone</i>

Kanye West kuasai carta Rolling Stone



LONDON - Tiga album penyanyi rap terkenal, Kanye west (gambar) disenaraikan dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah hiburan berpengaruh, Rolling Stone.

Senarai 500 Album Terbaik Sepanjang Zaman itu meletakkan West sebagai antara penyanyi hebat dalam aliran muzik popular.

Ranking baharu itu menggabungkan senarai tahun 2003, 2005 dan sekitar tahun 2000. Ia turut menyaksikan dua album kumpulan Radiohead disenaraikan. Sementara album milik penyanyi terkenal seperti Bruce Springsteen and Bob Dylan turut ditambah ke dalam senarai tersebut. - Reuters

Perkhidmatan Rahsia keluar garis panduan

Posted:

Perkhidmatan Rahsia keluar garis panduan

Perkhidmatan Rahsia keluar garis panduan


SEORANG pelacur sedang berjalan untuk mencari pelanggan di Cartagena, Colombia. - Reuters


WASHINGTON - Malu dengan skandal seks yang berlaku baru-baru ini, Perkhidmatan Rahsia Amerika Sarikat (AS) semalam mengeluarkan satu garis panduan baharu yang melarang ejen-ejennya daripada melawat lokasi-lokasi tidak diketahui atau membawa orang asing ke bilik hotel mereka.

'Standard moral' yang berkuat kuasa serta-merta itu juga melarang anggota pasukan yang bertanggungjawab atas keselamatan presiden daripada meminum minuman keras sepuluh jam sebelum melapor diri untuk bertugas.

Malah, seorang penyelia daripada Pejabat Tanggungjawab Profesional akan menyertai pasukan terbabit dalam tugasan-tugasan luar.

Garis panduan itu dibuat selepas sekumpulan ejen Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota tentera diarah pulang dari Cartagena, Colombia. Mereka berada di sana untuk memastikan aspek keselamatan untuk lawatan rasmi Presiden AS, Barack Obama.

Namun, mereka dituduh mabuk, mengunjungi sebuah kelab bogel dan membawa pelacur ke bilik masing-masing. Sehingga kini, seramai lapan orang ejen telah dipecat dan tiga yang lain dibebaskan daripada tuduhan salah laku.

Pihak berkuasa AS juga kini sedang menyiasat satu tuduhan baharu berkaitan salah laku yang berlaku di El Salvador tahun lalu. Sekumpulan ejen dikatakan membayar perkhidmatan di sebuah kelab bogel dan membawa pelacur ke bilik masing-masing, sebelum lawatan rasmi Obama ke sana. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan