Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Israel terus bedil Genting Gaza

Posted:

Israel terus bedil Genting Gaza


Sebuah bangunan dekat khemah pelarian Palestin di Jabalia, utara Gaza runtuh dalam serangan udara Israel, semalam. - AFP


GAZA CITY, Wilayah Palestin 12 Mac - Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin maut dalam serangan udara tentera Zionis di Gaza yang masuk hari ketiga hari ini, selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar tidak akan berhenti mengambil tindakan kekerasan berikutan serangan didakwa dilakukan oleh pejuang Pelastin di wilayah Israel.

Ahli perubatan Palestin melaporkan Israel melancarkan enam serangan udara ke atas Gaza awal hari ini mengakibatkan 35 orang cedera.

Israel turut melancarkan dua serangan ke atas bandar Khan Yunis pada kira-kira pukul 1 petang waktu Malaysia menyebabkan dua orang maut dan dua orang lagi cedera.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Taliban ancam balas dendam

Posted:

Taliban ancam balas dendam

KABUL 12 Mac - Militan Taliban di Afghanistan, hari ini berikrar akan membalas dendam terhadap 'tentera Amerika yang ganas dan sakit otak' berikutan insiden seorang askar Amerika Syarikat (AS) membunuh 16 penduduk kampung dengan menyerang rumah-rumah mereka.

Taliban dalam kenyataan di laman webnya berkata, pejuangnya akan 'membalas dendam terhadap penceroboh dan pembunuh ganas bagi setiap rakyat Afghan yang mati syahid'.

Askar AS berpangkat sarjan itu meninggalkan pangkalannya dengan berjalan kaki sebelum memecah masuk ke rumah-rumah penduduk di tiga kampung di daerah Panjwayi, wilayah Kandahar sebelum subuh semalam, dan menembak mati 16 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sarjan itu ditahan selepas dia kembali ke pangkalannya dan tentera AS berkata, hanya dia seorang yang terlibat dalam kejadian tersebut tetapi kenyataan itu dipertikaikan oleh penduduk kampung Afghan yang percaya pembunuhan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang askar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan