Khamis, 16 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bom di Bangkok sama di India

Posted:

Bom di Bangkok sama di India

Bom di Bangkok sama di India

KOMBINASI gambar rakaman kamera litar tertutup yang didedahkan polis Thailand semalam menunjukkan tiga suspek Iran yang terlibat dalam satu siri kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand.


BANGKOK - Bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah rumah di ibu kota Thailand di sini selepas satu letupan yang tidak disengajakan didapati sama seperti bom yang digunakan semasa menyerang kereta milik Kedutaan Israel di India dan Georgia, kata duta Israel semalam.

Duta Israel ke Thailand, Itzhak Shoham memberitahu agensi berita Associated Press dalam satu wawancara bahawa polis Thai menemui dan mematikan dua bom magnet yang boleh dilekatkan pada kenderaan selepas tiga letupan berlaku di sini kelmarin.

"Bom itu serupa dengan bom yang digunakan di New Delhi dan di Tbilisi," kata Shoham.

Sebuah kereta milik Kedutaan Israel meletup selepas sebutir bom magnet dilekatkan oleh penunggang motosikal pada kereta berkenaan menyebabkan seorang diplomat Israel cedera pada Isnin lalu.

Pada hari yang sama, seorang pekerja Kedutaan Israel menemui satu bahan letupan di dalam keretanya di Tbilisi, Georgia dan dia menghubungi polis yang kemudian berjaya mematikan bom berkenaan.

"Kita boleh membuat kesimpulan semua serangan itu dilakukan oleh rangkaian pengganas yang sama," tambahnya.

Kerajaan Thailand sedang berusaha membongkar komplot tiga lelaki Iran itu setelah sejumlah bahan letupan meletup secara tidak sengaja di rumah sewa mereka di kawasan Jalan Sukhumvit di sini Isnin lalu.

Unit pemusnah bom menggeledah kediaman tersebut sekali lagi semalam untuk mencari lebih banyak bahan bukti manakala pasukan keselamatan sedang memburu seorang wanita Iran yang dipercayai penyewa asal kediaman berkenaan.

Setakat ini dua lelaki berkenaan telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Ketua Polis Imigresen, Leftenan Jeneral Wiboon Bangthamai berkata, suspek ketiga, Masoud Sedaghatzadeh meninggalkan rumah tersebut dan melarikan diri ke Malaysia dengan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur pada malam kelmarin.

Polis Thai menamakan dua suspek Iran yang kini ditahan sebagai Saeid Moradi dan Mohummad Hazaei.

Saeid hilang satu kaki selepas bom tangan yang dibawanya meletup semasa dia cuba melarikan diri daripada polis.

Mohammad Hazei ditahan kelmarin ketika cuba menaiki pesawat ke Malaysia.

Menurut seorang pegawai Thailand semalam, suspek-suspek Iran itu yang gagal dalam misi mereka bertujuan untuk menyasarkan para diplomat Israel.

Sementara itu, Iran menafikan sebarang penglibatan dalam letupan bom di Thailand.

Iran mendakwa Israel menjadi dalang dalam letupan itu, kata jurucakap Menteri Luar, Ramin Mehmanparast semalam.

- Agensi

Bekas penjual mesin taip beli 230 pesawat Boeing

Posted:

Bekas penjual mesin taip beli 230 pesawat Boeing

Bekas penjual mesin taip beli 230 pesawat Boeing


SEBUAH pesawat Boeing 747-400 milik Lion Air berada di sebuah landasan di Lapangan terbang Sukarno-Hatta di Tangerang semalam. Gambar kecil Rusdi Kirana.


SINGAPURA - Seorang bekas penjual mesin taip, Rusdi Kirana mencipta kejutan apabila beliau membeli lebih 230 pesawat Boeing dalam satu urus niaga yang dimuktamadkan pada minggu ini.

Beliau yang kini bergelar Ketua Eksekutif Lion Air mengasaskan syarikat penerbangan domestik dan tambang murah terbesar di Indonesia bersama abangnya, Kusnan lebih sedekad lalu.

Selain potongan rambut pendek, misai penuh dan senyuman keanak-anakan, tidak banyak yang diketahui tentang usahawan berusia 49 tahun dari Indonesia itu.

Namun, nama Rusdi menjadi sebutan media pada Pameran Udara Singapura kelmarin.

Pada pameran itu, beliau memuktamadkan pembelian 230 buah pesawat Boeing pada harga keseluruhan AS$22 bilion (RM66.8 bilion).

"Orang ramai perlu faham bahawa mereka tidak patut memandang rendah terhadap seseorang dari negara Dunia Ketiga. Hanya kerana kami usahawan Dunia Ketiga, ia tidak bermakna kami tidak mampu membuat pembelian besar seperti ini," kata Rusdi.

Urus niaga tersebut turut melibatkan sebuah model baharu Boeing yang dijadualkan memulakan perkhidmatan pada 2017.

Menurutnya, pembiayaan bagi pembelian tersebut disokong oleh agensi kredit eksport Amerika Syarikat, bank ExIm.

Selain pembelian mega tersebut, Rusdi juga merupakan antara segelintir usahawan Dunia Ketiga yang berpeluang menemui Presiden AS, Barack Obama. - Agensi

Presiden Perancis buka akaun Twitter

Posted:

Presiden Perancis buka akaun Twitter

Presiden Perancis buka akaun Twitter


GAMBAR menunjukkan akaun Twitter Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.


PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy membuka akaun peribadi Twitter semasa kebanyakan rakyatnya dihantui gosip bahawa beliau akan mengumumkan pencalonan bertanding dalam pilihan raya Presiden pada Aprl depan..

Pemimpin konservatif itu berada di belakang seorang calon Presiden Perancis daripada parti Socialist, Francois Hollande dalam tinjauan pendapat turut menghantar mesej di laman berkenaan bahawa beliau akan muncul dalam program berita waktu perdana semalam.

Pejabat Sarkozy mengesahkan akaun itu yang memperoleh lebih 14,800 pengikut dalam tempoh dua jam selepas mesej pertama Sarkozy dihantar.

Hollande telah mempunyai akaun dengan mempunyai lebih 146,000 pengikut.

Pilihan raya Presiden Perancis diadakan sebanyak dua pusingan pada April dan Mei depan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Komen