Ahad, 22 Januari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Ikhwan Muslimin menang 47%

Posted:

Ikhwan Muslimin menang 47%

Ikhwan Muslimin menang 47%

KAHERAH 22 Jan. - Perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin memenangi 47 peratus daripada kerusi di Parlimen baru Mesir.

Perikatan Demokratik yang diketuai oleh parti Ikhwan, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memenangi 47 peratus undi atau 235 daripada 498 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya tiga peringkat itu.

Ikhwan Muslimin mencalonkan pegawai kanan dalam partinya, Mohammad Saad al-Katatni untuk menjadi Speaker Parlimen baru.

Menduduki tempat kedua ialah parti ultrakonservatif berhaluan Islam, Al-Nour yang mendapat 25 peratus undi untuk menduduki 125 kerusi, menurut pegawai dan media tempatan, semalam.

Parti-parti liberal, Al-Wafd dan Blok Mesir ketinggalan dengan masing-masing meraih 14 peratus undi yang bersamaan dengan kira-kira 69 kerusi.

Sebanyak 21 parti politik gagal memperoleh sekurang-kurangnya 0.5 peratus undi yang diperlukan bagi menghantar wakil ke Parlimen, kata ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdel Moez Ibrahim.

Para penyokong setia bekas Presiden Hosni Mubarak hanya memenangi tiga peratus daripada kerusi Parlimen, menangkis kebimbangan mengenai pengaruh mereka di Parlimen baru yang dijadual bersidang untuk kali pertama esok.

Pilihan raya dewan rendah Parlimen yang bermula pada 28 November lalu dan berlangsung selama hampir dua bulan adalah yang pertama di Mesir sejak Mubarak digulingkan dalam pemberontakan rakyat pada tahun lepas.

Pemerintah tentera Mesir, Fil Marsyal Hussein Tantawi semalam melantik 10 anggota baru ke Parlimen untuk menjadikan jumlah anggotanya 508 orang yang memikul tanggungjawab utama memilih sebuah jawatankuasa yang akan merangka Perlembagaan baru Mesir.

Pilihan raya bagi dewan tertinggi Parlimen atau Majlis Shura dijadual diadakan dalam dua peringkat, dengan pengundian berlangsung antara 29 Januari hingga 22 Februari.

- DPA

Full content generated by Get Full RSS.

Masyarakat Cina kurang yakin keupayaan Susilo

Posted:

Masyarakat Cina kurang yakin keupayaan Susilo

Masyarakat Cina kurang yakin keupayaan Susilo

JAKARTA 22 Jan. - Sebahagian masyarakat Cina di Indonesia berasa pesimis kebanyakan masalah di negara ini akan diselesaikan semasa penggal perkhidmatan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang hanya tinggal dua tahun lagi.

Sentimen itu disuarakan semalam ketika kebanyakan kaum Cina di seluruh negara ini bersiap sedia untuk menyambut Tahun Baru Cina.

"Para pemimpin kita sekarang tidak menunjukkan ketegasan.

"Pada zaman sekarang, kita memerlukan bukan sahaja percakapan tetapi juga tindakan dan teladan, kerana orang sudah bosan dengan ucapan yang muluk-muluk," kata seorang anggota masyarakat Cina, Hermawi Taslim di Glodok, Jakarta Barat, semalam.

Hermawi berpendapat bukan sahaja kaum Cina yang berperasaan demikian tetapi semua kelompok etnik sedikit sebanyak berkongsi pengalaman yang sama, lapor Kompas.com.

Dalam pada itu, ketua Yayasan Solidaritas Nusa Bangsa, Ester Yusuf membidas kegagalan kerajaan untuk menyelesaikan kes-kes pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh rejim Orde Baru terhadap kumpulan minoriti termasuk kaum Cina.

"Kerajaan tidak pernah menyelesaikan kes pencabulan hak asasi manusia dan tidak memandang serius pencabulan hak asasi manusia, bukan hanya yang melibatkan kumpulan etnik Cina sebagai mangsa tetapi juga kumpulan etnik lain," kata Ester.

Beliau menggesa kerajaan supaya melakukan penilaian diri dan tidak berputus asa semata-mata kerana masalah yang dihadapi sukar diselesaikan.

Ester juga menyeru kerajaan supaya memberi layanan sama rata terhadap semua kumpulan tanpa mengira etnik. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen