Selasa, 29 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Sindiket dadah aktif di Asia

Posted: 29 Nov 2011 12:45 PM PST

Dunia

Aktiviti pengedar dari Afrika, Iran dikesan meningkat sejak 1990-an

BANGKOK: Kumpulan dadah antarabangsa dari Afrika dan Iran semakin aktif dalam pengedaran methamphetamine yang semakin rancak di Asia Tenggara hingga ke Asia Timur, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Pil rangsangan (ATS) termasuk 'amphetamine' dan methamphetamine atau syabu menjadi dadah pilihan di kebanyakan bahagian di Asia Tenggara dan Asia Timur sejak 1990-an, menggantikan dadah berasaskan tumbuhan seperti heroin, candu dan ganja. Ia mudah dibuat di mana saja dan memberi keuntungan lumayan dengan sedikit pelaburan. Peningkatan penggunaan dadah itu dilaporkan oleh kebanyakan negara di rantau berkenaan pada 2010.

Penghasilan dadah terlarang semakin memuncak sekalipun pihak berkuasa memusnahkan 442 kemudahan pengeluaran dan hampir 136 juta pil.

Penjenayah Afrika yang terbabit dalam jual beli kokain dan heroin beralih kepada penyeludupan ATS, manakala kumpulan Iran dikenal pasti sebagai ancaman besar penyeludupan dadah di rantau ini.

"Sindiket Afrika terbabit dalam penyeludupan pil perangsang, ecstasy dan heroin ke Indonesia dan menggunakan Kemboja sebagai pusat transaksi kewangan dan pengedaran dadah ke Indonesia.
"Di Jepun, syabu yang dirampas ke negara itu dari Afrika meningkat 7.4 peratus pada 2009 kepada 36 peratus pada separuh pertama 2010," menurut laporan.
Di Malaysia, penyeludup Afrika yang ditahan bertambah hampir sekali ganda tahun lalu kepada 65, termasuk 50 warga Nigeria.

"Bagi mengelak dikesan, penyeludup dadah Afrika mempelbagaikan kaedah termasuk menggunakan orang tengah dari Asia Barat, Eropah Timur dan Asia selain mempelbagaikan destinasi penghantaran," menurut laporan itu sambil menambah kumpulan Iran turut terbabit.

Malaysia menahan 228 penyeludup Iran pada 2009 hingga 2010 kerana menyeludup methamphetamine. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Mogok Britain mula hari ini

Posted: 29 Nov 2011 12:44 PM PST

Dunia

LONDON: Lebih dua juta pekerja awam dijangka mogok hari ini sebagai protes perubahan dalam pencen mereka, tindakan industri terbesar di Britain sejak tiga dekad lalu.

Ribuan sekolah dijangka ditutup, sampah tidak dipungut dan hospital kekurangan kakitangan berikutan tindakan ini.

Penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London, satu daripada lapangan terbang paling sibuk di dunia dimaklumkan kemungkinan kelewatan berlepas sehingga 12 jam untuk membolehkan pasport diperiksa berikutan ramai pekerja mogok. Mogok itu akan menjadi ujian terbesar setakat ini bagi kerajaan campuran Perdana Menteri David Cameron yang mencetuskan kemarahan kesatuan dengan mencadangkan umur persaraan untuk pekerja awam selari dengan pencen negeri.

Pembaharuan itu bermakna kebanyakan kakitangan awam, pekerja majlis dan guru terpaksa bekerja sehingga berusia 66 tahun dan kebanyakan mereka perlu menyimpan lebih untuk persaraan, mengurangkan gaji mereka. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan