Rabu, 23 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


'Kekejaman Khmer Rouge cerita dongeng'

Posted: 23 Nov 2011 11:55 AM PST

Dunia

  BEKAS pemimpin Khmer Rouge yang   dibicarakan atas dakwaan jenayah perang  (dari kiri) Ieng Sary, Nuon Chea dan Khieu Samphan.

BEKAS pemimpin Khmer Rouge yang dibicarakan atas dakwaan jenayah perang (dari kiri) Ieng Sary, Nuon Chea dan Khieu Samphan.

3 bekas pemimpin tolak dakwaan jenayah perang

PHNOM PENH: Bekas pemimpin tertinggi Khmer Rouge, Khieu Samphan, semalam menyifatkan pendakwa menceritakan kisah dongeng dalam perbicaraan jenayah perang bersejarah membabitkan beliau dan dua defendan lain, selain terus percaya bahawa kebanyakan rakyat Kemboja menyokong rejim itu.

Khieu Samphan dibicarakan bersama dua lagi tertuduh didakwa melakukan jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai menyebabkan kematian dua juta rakyat negara itu ketika pemerintahan Khmer Rouge pada 1975 hingga 1979.

Tidak kira sama ada anda suka atau tidak, majoriti rakyat Kemboja menyokong. - Khieu Samphan, Tokoh nombor dua Khmer Rouge

Pendakwa memulakan perbicaraan yang ditunggu-tunggu itu dengan memberitahu kamar mahkamah penuh sesak mengenai kezaliman era 'Killing Fields', melakar defendan sebagai 'pembunuh satu generasi penduduk Kemboja.'

Tuduhan itu disangkal Khieu Samphan, 80, ketika menjawab soalan dalam kandang saksi.

"Anda nampaknya mahu semua orang dengar kisah dongeng. Saya dapat rasa anda mahu saya dihukum mati," katanya dalam keterangan selama sejam itu.
Tokoh nombor dua, Khieu Samphan, Nuon Chea dan bekas Menteri Luar rejim itu, Ieng Sary, menafikan semua dakwaan terhadap mereka berkaitan rejim komunis itu.
Diketuai Pol Pot, yang meninggal dunia pada 1998, Khmer Rouge mengosongkan bandar raya, memansuhkan penggunaan wang dan agama serta membunuh hampir satu pertiga rakyat Kemboja.

Orang kuat Pol Pot, Nuon Chea, kelmarin turut menolak semua tuduhan terhadapnya, mendakwa dia berkhidmat kepada negara dan rakyat dengan mempertahankan Kemboja daripada penceroboh Vietnam.

Dalam nada sama, Khieu Samphan berkata, dia bertindak untuk mempertahankan negara selepas rampasan kuasa pada 1970 yang mewujudkan kerajaan pro-Amerika Syarikat diketuai Lon Nol.

"Tidak kira sama ada anda suka atau tidak, majoriti rakyat Kemboja menyokong kerana kami menentang rejim Lon Nol," katanya.

Pendakwaan menegaskan defendan tahu mengenainya dan terbabit dalam jenayah seperti paksaan berpindah, perhambaan buruh, pembunuhan musuh dan pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Cham dan etnik Vietnam. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Penjara 20 tahun hina raja

Posted: 23 Nov 2011 11:54 AM PST

Dunia

BANGKOK: Mahkamah Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar mesej teks yang menghina institusi diraja.

Ampon Tangnoppakul, 61, didapati bersalah atas empat tuduhan menghantar mesej itu kepada setiausaha sulit Perdana Menteri ketika itu, Abhisit Vejjajiva, pada Mei 2010, menurut mahkamah jenayah di Bangkok.

"Mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara," kata peguamnya, Anon Nampa, sambil menambah Ampon mempunyai masa 30 hari untuk memfailkan rayuan. Ampon ditahan Ogos tahun lalu dan mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan sepanjang perbicaraan.

Selepas penangkapannya, Biro Siasatan Pusat Thailand berkata, mesej itu tidak sesuai dan dianggap menghina keluarga diraja dan mengecewakan penerima, tanpa mendedahkan kandungan mesej itu.

Keluarga diraja adalah isu sensitif di Thailand. Bhumibol Adulyadej, 83, adalah raja paling lama di dunia dan dipuja sebagai Tuhan oleh ramai penduduk Thai.
Menurut undang-undang Thailand, sesiapa yang disabitkan menghina raja, permaisuri, pewaris atau raja muda berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan.
Pakar akademik mengesan peningkatan mendadak kes menghina keluarga diraja sejak kebelakangan dan kumpulan hak asasi meluahkan kebimbangan undang-undang digunakan untuk menindas kebebasan bersuara di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan