Isnin, 21 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mohon ampun Thaksin dibatal

Posted: 21 Nov 2011 12:43 PM PST

Dunia

Thaksin (kiri) dan Yingluck

Thaksin (kiri) dan Yingluck

Kerajaan Yingluck akui hadapi terlalu banyak bantahan syor Kabinet

BANGKOK: Kerajaan Thailand membatalkan langkah untuk memohon pengampunan diraja bagi bekas Perdana Menteri dalam buruan, Thaksin Shinawatra, selepas menghadapi kritikan keras daripada pelbagai pihak yang menentang laporan mengenai deraf permohonan itu.

"(Thaksin) tidak akan menerima apa-apa manfaat daripada pengampunan diraja tahun ini," kata Menteri Kehakiman, Pracha Promnok kepada media, lewat kelmarin.

Thaksin tidak akan menerima apa-apa manfaat daripada pengampunan diraja tahun ini Pracha Promnok, Menteri Kehakiman

Minggu lalu, media tempatan melaporkan bahawa perintah mengenai pengampunan diraja pada tahun ini perlu diluluskan oleh Raja Bhumibol Adulyadej dan akan membabitkan 'pesalah yang sekurang-kurangnya berusia 60 tahun dan dijatuhi hukuman kurang tiga tahun.'

Thaksin yang disingkir dalamrampasan tentera pada 2006, berusia 62 tahun dan tinggal dalam buangan di Dubai, bagi mengelak hukuman penjara dua tahun atas tuduhan rasuah.

Satu mesyuarat Kabinet minggu lalu dilaporkan meluluskan satu pengampunan diraja yang mungkin membenarkannya kembali tanpa menjalani hukuman, mencetuskan maklum balas berang daripada lawannya, meskipun Perdana Menteri yang juga adik Thaksin, Yingluck, tidak hadir.

Pengampunan diraja biasanya mengampunkan pesalah jenayah dadah dan rasuah selain mereka yang tidak dipenjarakan. Ia diberi setiap tahun pada ulang tahun kelahiran Raja Bhumibol iaitu pada 5 Disember.
Pengampunan berpotensi mencetuskan semula ketegangan di Thailand selepas penentang dan penyokong langkah itu berhimpun sejak beberapa hari lalu.

"Pergerakan anti-Thaksin digelar 'Baju Kuning' membatalkan bantahan di ibu kota itu semalam selepas Menteri Kehakiman berkata pengampunan diraja akan kekal dengan syarat sedia ada," kata jurucakap kementerian itu, Parnthep Pourpongpan.

Laporan pengampunan itu muncul pada masa tidak sesuai bagi Yingluck yang berdepan kritikan atas cara beliau menguruskan banjir terburuk Thailand sejak beberapa dekad lalu. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Korban protes Mesir meningkat

Posted: 21 Nov 2011 12:38 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KAHERAH: Angka korban pertempuran antara penunjuk perasaan anti pemerintahan tentera dengan anggota keselamatan Mesir sejak tiga hari lalu meningkat kepada 24 orang semalam, perkembangan yang mengancam pilihanraya Parlimen seminggu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan