Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Mahmoud Abbas lawat Colombia

Posted:

Mahmoud Abbas lawat Colombia

Mahmoud Abbas lawat Colombia

BOGOTA 2 Okt. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan melawat Colombia yang merupakan negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 11 Oktober ini bagi membincangkan isu permohonan Palestin untuk menjadi anggota badan dunia itu.

Rancangan lawatan itu diumumkan oleh Presiden Colombia, Juan Manuel Santos menerusi satu kenyataan, semalam.

"Pemimpin Palestin (Abbas) merancang melawat Colombia pada 11 Oktober ini dan kedatangannya dialu-alukan," katanya.

Santos bagaimanapun menegaskan bahawa lawatan pemimpin Palestin itu ke Colombia tidak akan mempengaruhi negara ini untuk menyokong permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan daripada PBB.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa Colombia berpendirian penubuhan negara Palestin hanya boleh diiktiraf menerusi rundingan damai dengan Israel.

"Colombia sentiasa menyokong Palestin untuk diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan dalam pada masa yang sama turut berharap penubuhan negara Palestin akan dicapai menerusi perjanjian antara kedua-dua pihak (Palestin dan Israel)," ujar Santos.

Dalam pada itu, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Khamis lalu berkata, sebanyak lapan negara anggota Majlis Keselamatan PBB berjanji untuk menyokong permohonan Palestin itu dan memerlukan hanya satu undi sahaja lagi sebelum permohonan itu dibawa ke Perhimpunan Agung.

Sementara itu, Britain, Perancis, Jerman, Bosnia dan Portugal masih belum memberi keputusan untuk mengundi atau sebaliknya, manakala Amerika Syarikat (AS) menegaskan untuk mengguna kuasa veto bagi menghalang permohonan Palestin itu.

Colombia menjadi sekutu AS apabila negara kuasa veto itu menyumbangkan dana berjumlah AS$6 bilion (RM18 bilion) sebagai menyokong Bogota bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah dan kumpulan pemberontak. - AFP

Demonstrasi anti-Wall Street masuk minggu kedua

Posted:

Demonstrasi anti-Wall Street masuk minggu kedua

Demonstrasi anti-Wall Street masuk minggu kedua

NEW YORK 2 Okt. - Kira-kira 500 orang ditahan kerana mengganggu lalu lintas ketika mengadakan demonstrasi membantah terhadap penggunaan kekerasan dan layanan tidak adil kepada golongan minoriti termasuk penganut Islam yang dikenali sebagai anti-Wall Street, di sini semalam.

Penahanan itu berlaku apabila sekumpulan penunjuk perasaan berpecah daripada kumpulan utama pergerakan Occupy Wall Street yang mengadakan demonstrasi itu termasuk membantah rampasan kediaman dan pengangguran yang tinggi, yang masuk minggu kedua, dan bergerak menuju ke arah Brooklyn.

''Lebih 500 orang ditangkap di Jambatan Brooklyn petang ini (semalam) selepas polis memberikan amaran tidak membenarkan sesiapa memasuki laluan pejalan kaki.

''Ada sebahagian penunjuk perasaan mematuhi amaran dan tidak ditahan, manakala sebahagian lagi bertindak memasuki laluan kereta dan mereka ini telah ditangkap,'' kata jurucakap polis.

Jambatan Brooklyn yang terpaksa ditutup selama sejam ekoran kejadian itu, dibuka semula pada pukul 8.05 malam (8.05 pagi waktu Malaysia).

Demonstrasi itu bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang (3.30 pagi waktu Malaysia) dari Zuccotti Park, Manhattan yang dijadikan pusat kem oleh penunjuk perasaan.

Pada minggu lalu, polis menahan kira-kira 80 anggota Occupy Wall Street berdekatan Union Square ketika penunjuk perasaan menghalang lalu lintas. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan