Isnin, 17 Oktober 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Peluru berpandu di Spratly

Posted: 16 Oct 2011 04:29 PM PDT

Dunia

PELANCAR peluru berpandu ‘Hsiung Feng II’ dipamerkan pada hari kebangsaan Taiwan sempena ulang tahun revolusinya yang ke-100, dua minggu lalu.

PELANCAR peluru berpandu 'Hsiung Feng II' dipamerkan pada hari kebangsaan Taiwan sempena ulang tahun revolusinya yang ke-100, dua minggu lalu.

Taiwan ambil tindakan selepas Vietnam guna jet pejuang

TAIPEI: Taiwan meluluskan rancangan untuk menempatkan peluru berpandu di kawasan tuntutannya di Laut China Selatan ketika kebimbangan semakin disuarakan mengenai berita bahawa negara lain yang menuntut kawasan sama sudah memperkuatkan kekuatannya di wilayah perebutan.

Jawatankuasa Pertahanan Taiwan meluluskan cadangan untuk mengekalkan unit pengawal pantai di pulau Taiping dan Pratas. Menteri Pertahanannya, Kao Hua-chu menyarankan unit pengawal pantai memerlukan sistem pertahanan udara maju seperti peluru berpandu Tien Chien I berbanding peluru berpandu era Chaparral 1980 an.

Enam negara termasuk Taiwan, Vietnam dan China menuntut sebahagian atau keseluruhan Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak.

Penggubal undang-undang, Lin Yu-fang berkata penghantaran peluru berpandu perlu berikutan laporan kerajaan baru-baru ini mengenai Vietnam menempatkan tentera di kawasan itu.

Vietnam dilaporkan menghantar jet pejuang buatan Russia Su-27SK dan Su-30MK2 serta ribuan tentera laut di wilayah pertikaian itu.
Memberi maklum balas terhadap langkah Taiwan itu, Filipina semalam berkata pihaknya sudah bersedia mempertahankan kawasan tuntutan di Laut China Selatan tetapi enggan menyifatkan rancangan Taiwan menghanatar peluru berpandu ke kawasan itu sebagai sesuatu yang perlu dirisaukan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan, Zosimo Jesus Paredes berkata negara itu menikmati hubungan baik dengan Taiwan dan percaya cadangan itu membekalkan peluru berpandu kepada unit pengawal pantai di kawasan itu dan dakwaan itu bukanlah ancaman kepada Filipina.

"Kami tidak boleh memberitahu Taiwan apa yang boleh atau tidak boleh dibuat. Selagi mereka tidak memasuki kawasan yang sudah diduduki, kami tiada masalah. Hidup dan terus hidup," katanya.

Bagaimanapun, katanya Manila bersedia untuk mempertahankan hulu pulau kecil itu yang kini sudah diduduki di Spratly. Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut.

China menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuk Spratly, kumpulan pulau dan pulau kecil yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan mineral.

Sementara itu, Amerika Syarikat merayu supaya bertenang Jumaat selepas Taiwan nampaknya bersedia menghantar peluru berpandu ke Laut China Selatan kerana bimbang dengan dakwaan negara musuh membina pertahanan di pulau yang menjadi perebutan.

"Kami meminta semua pihak menuntut supaya menyelesaikan pertelingkahan menerusi cara damai mengikut undang-undang antarabangsa dan tanpa menggunakan ancaman kekerasan," kata jurucakap Pentagon, George Little. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Israel siarkan senarai tahanan bakal bebas

Posted: 16 Oct 2011 04:27 PM PDT

Dunia

KELUARGA tahanan Palestin dalam penjara rejim Zionis mengadakan protes dekat pejabat Palang Merah di Gaza menuntut anggota keluarga mereka dibebaskan.

KELUARGA tahanan Palestin dalam penjara rejim Zionis mengadakan protes dekat pejabat Palang Merah di Gaza menuntut anggota keluarga mereka dibebaskan.

477 warga Palestin dipilih jadi tukaran askar Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel semalam menyiarkan secara rasmi senarai 477 tahanan Palestin yang bakal dibebaskan Selasa depan sebagai langkah pertama dalam perjanjian membebaskan askanya dalam tahanan lawan, Gilad Shalit.

Senarai itu turut membabitkan 27 wanita disiarkan oleh Kementerian Kehakiman dalam laman web Perkhidmatan Penjara Israel, memberikan orang ramai tempoh 48 jam untuk mengemukakan sebarang rayuan perundangan menentang perjanjian yang akan melihat kepulangan Shalit selepas lima tahun dalam tahanan. Seramai 550 lagi tahanan Palestin akan dibebaskan dalam tempoh dua bulan.
Sebaik saja senarai itu disiarkan, stesen radio dan televisyen utama Israel mula mengumumkan senarai panjang serangan berdarah yang didakwa dilakukan tahanan terbabit.

Antara nama yang diumumkan adalah warga Palestin yang didapati bersalah mengambil bahagian dalam pengeboman kelab malam Tel Aviv pada 2001 yang meragut 21 nyawa dan pengeboman ketika sambutan Passover di hotel pekan pantai Netanya pada 2002 yang membunuh 29 orang, kedua-duanya didakwa dilakukan anggota sayap bersenjata Hamas.

"Selaras dengan keputusan kerajaan Israel pada 11 Oktober 2011, untuk meluluskan pelaksanaan perjanjian bagi membebaskan askarnya yang diculik Gilad Shalit oleh Hamas, tahanan Palestin akan dibebaskan mengikut senarai yang diberikan ini," menurut satu dokumen yang memperincikan destinasi penyerahan setiap tahanan.
Minggu lalu, beberapa laman web bersekutu pergerakan Islam Hamas dan Jawatankuasa Pejuang Popular (PRC) yang kedua-duanya terbabit menahan Shalit menyiarkan senarai rakyat Palestin yang kononnya akan dibebaskan, tetapi senarai semalam adalah senarai rasmi pertama disiarkan Israel.

Berikutan penyiaran senarai itu, warga Israel yang mahu mengemukakan cabaran perundangan menentang perjanjian tukaran antara Israel dan Hamas, Selasa lalu, boleh membuat petisyen menentangnya.

Jumaat, kumpulan Israel yang mewakili mangsa serangan Palestin mengemukakan petisyen pertama di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan atau menangguhkan perjanjian itu.

Mahkamah sebelum ini tidak pernah menghalang keputusan kerajaan untuk membebaskan tahanan yang terbabit dengan serangan pejuang Palestin terhadap Israel.

Shalit dijadual pulang ke Israel pada masa sama kumpulan pertama 427 tahanan dibebaskan jika syarat perjanjian itu diikuti, kata pegawai. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan