Isnin, 19 September 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mangsa banjir Pakistan merana

Posted: 18 Sep 2011 04:20 PM PDT

Dunia

Terpaksa jual harta, kanak-kanak mengemis, bantuan kerajaan belum tiba

PANGRIO, (Pakistan): Beribu-ribu mangsa banjir di Pakistan yang berjaya menyelamatkan diri berdepan masalah baru apabila bantuan yang lambat tiba memaksa ramai di antara mereka terpaksa menjual harta benda masing-masing untuk membeli makanan.

Pada masa sama, kanak-kanak berdepan risiko penyakit bawaan air tetapi terpaksa membantu ibu bapa dengan mengemis, manakala bantuan daripada kerajaan Pakistan belum menunjukkan tanda akan sampai. "Kanak-kanak terpaksa mengemis di pasar dan daripada pemandu kereta yang lalu lalang. Tiada siapa datang membantu kami," kata salah seorang daripada dua juta mangsa banjir di wilayah Sindh, Pakistan, Ahmed Junejo.

Sama seperti kebanyakan mangsa banjir, keluarga Junejo sedar bahawa mereka terpaksa berusaha sendiri untuk meneruskan kehidupan selepas bencana yang melanda.

"Saya hanya mahukan dua keperluan, makanan dan khemah untuk melindungi anak saya daripada panas dan hujan, itu saja. Tiada siapa datang melihat keadaan kami. Kami juga tidak tahu di mana letaknya kem bantuan, malah tiada siapa memberitahu kami mengenai bantuan kepada mangsa banjir. Kami masih menunggu," katanya.

Kerajaan Pakistan yang berdepan masalah kewangan dilihat bertindak terlalu perlahan ketika membantu mangsa banjir yang setakat ini sudah menyebabkan lebih 300 orang terbunuh, manakala lebih 1.2 juta rumah musnah.
Sikap kerajaan Pakistan itu adalah sama seperti ketika banjir melanda negara itu tahun lalu, apabila pihak berkuasa gagal menghulurkan bantuan sewajarnya untuk mengurangkan kesengsaraan berjuta-juta penduduk, menyebabkan pihak tentera terpaksa campur tangan.

Lebih 800,000 keluarga yang terbabit dengan bencana alam itu terus tidak mempunyai tempat tinggal.

Tentera kembali aktif menghulur bantuan, melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer menggunakan bot untuk menyelamatkan penduduk yang tinggal sehelai sepinggang.

Namun ia tidak masih tidak dapat mengurangkan kesengsaraan keluarga Jonejo yang kini terpaksa berlindung di belakang sebuah stesen minyak.

Beliau kehilangan 20 ekor kambing, yang menjadi punca pendapatan dan membekalkan susu untuk keluarganya. Kini keluarganya tidak mempunyai sebarang pendapatan dan tidak tahu apa harus dilakukan.

Junejo terpaksa menjual telefon bimbitnya dengan harga AS$3 (RM10) untuk membeli makanan. Jumlah itu hanya cukup untuk membeli sedikit tepung dan biskut yang boleh tahan beberapa hari saja.

"Saya mahu menjaga keluarga saya tetapi tidak berdaya. Saya rasa amat sedih melihat keadaan anak saya. Di negara ini pertolongan hanya datang jika anda mempunyai kenalan politik. Orang miskin seperti saya sering kali tidak dipedulikan," katanya. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Singapura tertekan Malaysia mansuh ISA

Posted: 18 Sep 2011 04:19 PM PDT

Dunia

SINGAPURA: Singapura berada dalam tekanan untuk melonggarkan sekatan politiknya selepas negara jirannya, Malaysia mengumumkan langkah untuk memansuhkan undang-undang keselamatan ketat selain bersikap lebih media dan melonggarkan peraturan protes.

Kumpulan hak asasi dan pembangkang berkata Singapura perlu mengikut peredaran masa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan dan dilihat pengkritik sebagai alat menyekat kebebasan.

Dalam satu langkah mengejutkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan minggu lalu yang kerajaannya akan memansuhkan ISA dan melonggarkan undang-undang lain yang dianggap sebagai sekatan kebebasan awam termasuk peraturan protes dan lesen tahunan akhbar. "Tindakan Najib dibuat selepas mengambil pandangan daripada kumpulan masyarakat di negaranya," kata Pengarah Untuk Hubungan Asia Tenggara Kumpulan Kempen Hak Asasi Politik dan Masyarakat di Pusat Pemikir berpangkalan di Singapura, Sinapan Samydorai.

"Jika Malaysia ke arah lebih terbuka, saya rasa mereka akan terus maju. Sudah tiba masanya Singapura bergerak ke depan," katanya kepada AFP.

Singapura bagaimanapun menegaskan bahawa ISA, yang sebelum ini digunakan untuk menentang sayap kiri dan militan yang disyaki sejak beberapa tahun masih relevan dan mempertahankan yang peraturan media diperlukan untuk mengekalkan keharmonian sosial.

Tahanan ISA paling lama di republik itu adalah Chia Thye Poh, bekas wakil rakyat Parti Sosialis yang ditahan selama 23 tahun bermula 1966 hingga 1989, diikuti sembilan tahun tahanan rumah.
Sehingga kini, semua pembantah disediakan tempat memberi ceramah di mana semua penceramah perlu berdaftar dengan pihak berkuasa terlebih dulu dan perlu mendapatkan permit daripada polis di Singapura. – AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan