Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Perjanjian dimeterai Isnin ini

Posted:

Perjanjian dimeterai Isnin ini

Perjanjian dimeterai Isnin ini

SYDNEY 22 Julai - Australia dan Malaysia dijadual memuktamadkan perjanjian pertukaran pemohon suaka politik antara kedua-dua negara itu minggu depan.

Dalam perjanjian itu, Australia akan menghantar 800 pemohon suaka politik yang tiba ke negara ini melalui laut ke Malaysia dan menerima 4,000 pemohon suaka politik sebagai pertukaran.

Perjanjian itu mencetuskan kritikan hebat kerana Malaysia bukan negara yang menandatangani konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekali gus meningkatkan persoalan tentang layanan pencari suaka yang dihantar ke negara itu.

Namun Canberra yang bergelut mengurangkan jumlah pendatang yang tiba dari laut berharap dasar itu akan menyukarkan penyeludup manusia dan menghentikan pencari suaka daripada melakukan perjalanan laut yang panjang dan berbahaya.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Malaysia berkata, kedua-dua negara itu akan menandatangani perjanjian itu Isnin ini di Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran terperinci dan seorang lagi pegawai yang mengetahui tentang perjanjian itu tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, Sydney Morning Herald melaporkan, satu sumber yang enggan dikenali menyatakan perjanjian itu telah mendapat sokongan PBB dan akan dimuktamadkan di Kuala Lumpur oleh Menteri dari kedua-dua negara.

Jurucakap Menteri Imigresen, Chris Bowen turut memberitahu perjanjian yang akan berlanjutan selama empat tahun itu pasti akan berlaku.

"Ia semakin hampir dimuktamadkan. Kami boleh katakan dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemohon suaka politik di Australia merusuh

Posted:

Pemohon suaka politik di Australia merusuh

Pemohon suaka politik di Australia merusuh

SYDNEY 22 Julai - Pemohon suaka politik yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di barat Sydney bertindak mengorek kubur dan menanam badan mereka sehingga ke paras leher sebagai tanda protes dalam rusuhan yang memasuki hari ketiga.

Pegawai Imigresen berkata, satu lagi kejadian melibatkan 100 tahanan berlaku hari ini di pusat tahanan berkenaan, namun terdapat pelbagai laporan berbeza berhubung apa yang berlaku.

Peguam pelarian berkenaan, Ian Rintoul berkata, beberapa tahanan bertindak mengorek kubur dan menanam badan mereka sehingga ke paras leher bagi menunjukkan mereka semakin terdesak.

''Pemohon suaka politik di kawasan Hijau bertindak mengorek kubur.

''Sebahagian daripada mereka juga mengadakan pengebumian olok-olok, sebagai tanda simbolik bahawa penahanan mereka memberi ancaman kepada tubuh dan minda mereka,'' katanya.

Seorang jurucakap polis berkata, tahanan menggunakan senjata buatan sendiri dan memulakan beberapa kebakaran di beberapa lokasi di pusat tahanan berkenaan.

''Keadaan itu memaksa polis mengambil beberapa pendekatan tegas termasuk menggunakan gas pemedih mata dan peluru kekacang,'' katanya.

Rusuhan berkenaan memasuki hari ketiga ketika pemohon suaka membantah kelambatan memproses permohonan mereka.

Rintoul berkata, polis menyerbu pusat tahanan tersebut awal hari ini bagi menjejaki ketua rusuhan itu dan beberapa tahanan telah dipukul serta dibawa ke unit kawalan maksimum.

Jurucakap polis, bagaimanapun menafikan berlaku sebarang layanan buruk terhadap tahanan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan