Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Thai tubuh kerajaan campuran

Posted:

Thai tubuh kerajaan campuran

Thai tubuh kerajaan campuran


Yingluck Shinawatra (tengah) mengangkat tangan rakan-rakan daripada empat parti kecil yang bersetuju menubuhkan kerajaan campuran. Dari kiri Wannarat Charnnukul ketua Parti Chart Pattana Puea Pandin, Sanan Kachornprasart (dua dari kiri) penasihat Parti Chat Thai Pattana, Yongyuth Wichaidit (dua dari kanan) pemimpin Parti Puea Thai dan Chao Maneewong (kanan) ketua Parti Palang Chon, selepas mengadakan sidang media bersama di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 4 Julai - Parti Pheu Thai akan membentuk sebuah kerajaan campuran dianggotai empat parti kecil berikutan kemenangan parti itu pada pilihan raya Parlimen Thailand, semalam.

Secara keseluruhan lima parti terlibat menguasai 299 daripada 500 kerusi di dewan rendah Parlimen, kata pemimpin Pheu Thai, Yingluck Shinawatra yang bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara ini.

Empat lagi parti dalam kerajaan campuran itu ialah Parti Chart Thai Pattana, Chart Pattana Pheupandin, Palangchon dan Mahachon.

"Kesemua lima parti bersetuju bekerjasama mentadbir negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Isu pertama yang perlu ditangani segera ialah mencapai perdamaian," kata Yingluck, adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, kepada wartawan hari ini.

Pheu Thai yang didalangi Thaksin dari kediamannya di Dubai memenangi 265 kerusi Parlimen, lapor Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) hari ini, selepas pengiraan undi selesai.

Jumlah itu jauh mengatasi 159 kerusi yang dimenangi Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva.

Pheu Thai bertindak segera menarik sokongan parti-parti lain, bagi menghadapi kemungkinan anggotanya berpaling tadah atau kemenangan sesetengah calonnya pada pilihan raya semalam dibatalkan.

Kerajaan baru tidak akan mengangkat sumpah sehingga beberapa minggu lagi, bagi membolehkan EC menyelesaikan siasatan mengenai dakwaan pembelian undi dan penipuan semasa pilihan raya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih 7,000 pekerja lombong emas mogok

Posted:

Lebih 7,000 pekerja lombong emas mogok

Lebih 7,000 pekerja lombong emas mogok

TIMIKA, Indonesia 4 Julai - Lebih 7,000 pekerja Freeport McMoRan, sebuah syarikat lombong emas dan arang batu gergasi Amerika Syarikat (AS) di wilayah timur Papua, memulakan mogok selama seminggu hari ini untuk menuntut kadar upah yang lebih baik.

Menurut seorang peserta, Frans Kaweai, mereka mengadakan mogok bagi menuntut kenaikan gaji supaya boleh menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Kami akan memulakan mogok hari ini kerana pihak pengurusan syarikat menolak untuk bersetuju dengan tuntutan kami," katanya kepada AFP pintu masuk lombong.

Beratus-ratus polis turut ditempatkan untuk menjaga keselamatan di kawasan lombong itu.

"Anggota kami akan mengawal keselamatan bagi mengelak mogok bertukar ganas," kata ketua polis Mimika, Deny Edward Siregar.

Jurucakap Freeport McMoRan, Ramdani Sirait berkata, mogok itu tidak menjejaskan operasi pengeluaran mereka tetapi menggesa kakitangannya kembali bekerja, sementara isu ini diselesaikan untuk mengelak sebarang kesan kepada pekerja dan syarikat.

"Syarikat sedang bergelut berunding dengan kesatuan dan ketua majikan untuk menyelesaikan isu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Freeport adalah antara syarikat yang mempunyai simpanan emas terkaya di dunia dan merupakan anak syarikat milik AS yang menjadi penyumbang terbesar cukai kepada kerajaan Indonesia. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan