Rabu, 20 Julai 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Cengkerik goreng selera anak Jolie, Pitt

Posted: 20 Jul 2011 03:26 PM PDT

Dunia

GAMBAR fail Jolie dan anaknya Maddox.

GAMBAR fail Jolie dan anaknya Maddox.

Pasangan turut amal diet eksotik

LOS ANGELES: Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga cara pemakanan mereka.

Pasangan selebriti itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi. Ketika berada di Kemboja, Jolie memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain.

"Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7, sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah kerepek kentang Doritos," kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini.

Bintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anaknya mencuba makanan tempatan negara berkenaan, tetapi beliau terpaksa menghalang mereka daripada terus ketagih untuk menikmati makanan ringan itu.

"Mereka tidak henti-henti mengunyahnya dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa pulang. Saya terpaksa melarang mereka makan makanan ringan itu kerana bimbang mereka jatuh sakit kerana memakannya terlalu banyak. Tetapi mereka kelihatan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan akibat memakan serangga berkenaan," katanya.
Walaupun cengkerik menjadi makanan kegemaran dalam menu keluarga Jolie dan Pit, pasangan pelakon popular itu berkata mereka sekeluarga masih belum berani untuk mencuba hidangan eksotik lain di Kemboja seperti labah-labah goreng atau sup serangga.

"Ia makanan pelik. Saya tidak tahu jika saya boleh menjamah serangga itu, tetapi saya percaya kita perlu mencuba makanan itu terlebih dulu sebelum mengetahui sama ada kita akan menyukainya," kata Jolie.

Cengkerik bukanlah perkara baru dalam diet pasangan Jolie-Pitt. Menurut buku What the Great Ate: A Curious History of Food and Fame, lipas antara makanan kegemaran pasangan terkenal Hollywood itu. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emma Watson mahu lakon watak komedi

Posted: 20 Jul 2011 03:25 PM PDT

Dunia

pix_gal0
LOS ANGELES: Aktres Emma Watson (gambar), dilaporkan mahu mencuba untuk melakonkan watak komedi romantik selepas terbabit dalam semua filem bersiri yang diadaptasikan daripada novel paling laris tulisan penulis Britain, J.K. Rowling, Harry Potter.

Pelakon berusia 21 tahun ini mahu mencuba watak berbeza dan lari daripada peranan yang dipegang beliau sebagai Hermione Granger dalam lapan siri filem fantasi Harry Potter termasuk yang sedang ditayangkan kini, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.

Emma berkata beliau ingin sekali muncul dalam filem yang mempunyai jalan cerita hampir sama dengan filem popular Notting Hill yang pernah dilakonkan aktor terkenal Britain, Hugh Grant dan Julia Roberts. "Saya berminat mencuba apa saja watak baru. Saya ingin lari daripada watak Hermione yang sebati dalam diri saya.

"Saya mahu penonton mengenali dan mengingati saya sebagai pelakon serba boleh dan mampu melakonkan apa saja watak ditawarkan kepada saya bukan sekadar mengingati kehebatan lakonan saya dalam siri Harry Potter," katanya.

Emma berkata beliau juga berminat untuk berlakon dalam beberapa filem bajet rendah kerana pengalaman terbabit pastinya akan berbeza membabitkan set daripada yang dilakonkannya dalam Harry Potter.

Dalam satu temubual dengan majalah Britain, Hello! beliau berkata, "Saya mahu menumpukan kepada filem kecil mulai sekarang. Saya merasakan saya sudah banyak terbabit dalam filem pecah panggung dan mendapat sambutan pada masa kini."
Emma selepas ini akan muncul dalam filem terbaru, The Perks of Being a Wallflower dan amat gembira setiap masa di penggambaran filem terbabit.

"Saya perlu menjadi lucu dan ia benar-benar mengujakan saya.
Perbelanjaannya lebih kecil dan tidak ada sebarang kesan khas. Ia pertama kali membuatkan saya merasa benar-benar seronok untuk berlakon," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan