Isnin, 11 Julai 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


David, Victoria pilih nombor tujuh

Posted: 11 Jul 2011 03:26 PM PDT

Dunia

Kebetulan Harper lahir jam 7 bulan Julai

LOS ANGELES: Pasangan selebriti David dan Victoria Beckham dilaporkan menerima kehadiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada Ahad, menambahkan seorang anak perempuan kepada tiga anak lelaki sedia ada pasangan itu.

"Saya amat berbangga dan gembira untuk mengumumkan kehadiran anak perempuan kami, Harper Seven Beckham," kata Beckham dalam laman Facebook beliau.

"Dia seberat 3.4 kg dan dilahirkan pada 7.55 pagi ini, di sini di Los Angeles. Victoria sihat dan semua abangnya amat gembira mempunyai seorang adik perempuan." Pasangan Beckham itu mempunyai tiga anak lelaki, Brooklyn yang kini berusia 12 tahun, Romeo, 8 dan Cruz, 6.

Mereka kini memilih nombor sebagai nama pertengahan anak perempuan itu dengan memilih angka tujuh berikutan Harper dilahirkan dalam bulan ketujuh sekitar jam 7 selain ia juga adalah nombor bertuah kepada David Beckham yang pernah memakai jersi No. 7 ketika bermain dengan Manchester United.

Satu sumber di Los Angeles berkata; "Pasangan berkenaan sukakan nama Harper. Ia tidak mempunyai maksud tersirat mereka hanya suka nama itu dan berpendapat ia kedengaran amat menarik."

Harper adalah nama popular di Amerika Syarikat bagi perempuan dan juga lelaki. Malah Victoria, 37, juga pernah beberapa kali muncul dalam majalah Harper's Bazaar.

Sumber di Los Angeles tempat Posh menjalani kelahiran secara caesarean di sebuah klinik persendirian, Cedars Sinai berkata: "David kelihatan menangis kegembiraan. Mereka semua amat gembira."

Pasangan diraja Putera William dan Kate yang mengadakan lawatan rasmi ke California adalah antara yang pertama mengucapkan tahniah kepada pasangan Beckham melalui mesej teks. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mercedes Bae paling mahal di Korea

Posted: 11 Jul 2011 03:25 PM PDT

Dunia

SEOUL: Kereta paling mahal didaftarkan di Korea mungkin kereta Mercedes-Benz Maybach 62 yang dibeli agensi milik aktor popular Bae Yong-joon, yang memandu sendiri kereta mewah berkenaan.

Akhbar Korean Times melaporkan wakil parti memerintah Parti Utama Nasional, Ahn Hong-joon kelmarin memetik data kerajaan berkata, rakyat Korea memiliki secara keseluruhan 48,423 kereta import yang harganya setiap satu melebihi 100 juta won (RM283,000).

Antaranya, badan korporat dan entiti sah yang mempunyai 10,466 unit, agensi bakat Bae, KeyEast memiliki kereta paling mahal Maybach 62 bernilai lebih 800 juta won (RM2.26 juta). Bagaimanapun, Ahn berkata, data tidak termasuk kenderaan yang dimiliki individu. Menurutnya, masih belum jelas yang model itu menjadi juara kereta paling mahal dalam senarai walaupun Maybach 62 adalah pencabar utama.

Bae, 39, juga pelakon drama bersiri Korea yang mendapat bayaran paling tinggi di negara itu dan pelakon terkenal Asia sejak beberapa tahun lalu ketika bermulanya gelombang artis Korea atau Hallyu.

Beliau yang masih solo terkenal dengan drama Winter Sonata, Hotelier dan Dream High itu turut popular di Jepun selepas drama lakonannya mencetuskan fenomena. Bae memegang saham terbesar dalam KeyEast.

Kenderaan kedua dan ketiga paling mahal yang dimiliki firma di negara itu adalah Maybach 62. Taekwang Industrial dan Samsung Electronics membeli model itu dengan masing-masing berharga 796 juta won (RM2.25 juta) dan 791 juta won (RM2.24 juta), kata pembantu Ahn.
Taekwang adalah firma pengeluar kasut berpangkalan di Busan iaitu pengerusinya, Park Yeon-cha mencuri tumpuan media akhir tahun 2000 berikutan skandal rasuah membabitkan bekas Presiden Roh Moo-hyun.

Penyiasatan berprofil tinggi berkenaan berakhir apabila Roh membunuh diri pada 2009, selepas Park memberikan kenyataan. Bagaimanapun, masih timbul keraguan sama ada testimoni Park itu 100 peratus benar.

Samsung Electronics pula adalah pengeluar utama, dunia cip memori yang pengerusinya, Lee Kun-hee dikenali kerana minatnya terhadap kereta.

Jutawan berusia 62 tahun itu sudah mempunyai satu lagi model Maybach selain kereta syarikat yang diletakkan di tempat letak kereta VIP di ibu pejabatnya di selatan Seoul.

Maybach adalah kereta mewah kelas atasan jenama Mercedes-Benz. Ia terdapat dalam dua saiz 57 dan 62, yang mewakili lebar kereta itu dalam decimeter.

Sesetengah model yang terkenal memerlukan masa setengah tahun untuk dihasilkan kerana Maybach menawarkan pelbagai pilihan kepada pemandu supaya mereka boleh membiasakan dengan kelengkapan canggih dan pelbagai. Hasilnya, harganya juga berbeza mengikut pilihan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan