Ahad, 19 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kate kurang berat badan berlebihan

Posted: 19 Jun 2011 03:05 PM PDT

Dunia

Kate Middleton

Kate Middleton

Beliau amat berhati-hati dengan pemakanan

LONDON: Kate Middleton mula menjadi buruan media sejak keluar bersama Putera William tetapi selepas perkahwinan mereka pada 29 April lalu, tumpuan paparazzi mula berubah apabila bukan lagi cerita dongeng Cinderella yang dikejar tetapi mengenai kehilangan berat badan beliau yang berterusan.

Kate sentiasa kelihatan langsing dan menjelang perkahwinan beliau dulu, beliau banyak kehilangan berat badan. Ia disifatkan sebagai sesuatu yang tidak biasa bagi pengantin perempuan sebelum perkahwinan. Tetapi pada kemunculan pertama beliau di khalayak selepas berbulan madu, wanita pilihan Putera William itu kelihatan kehilangan berat badan berlebihan. "Wills mahu Kate untuk menambahkan berat badan tetapi beliau enggan," dedah satu sumber dalaman istana. "William menyangkakan mereka akan makan, minum dan bergembira ketika bulan madu tetapi Kate dikatakan amat berhati-hati dengan apa yang dimakannya. Malah kadar kiraan kalori beliau dilaporkan pada garisan sempadan OCD (Obssesive Compulsive Disorder)."

Duchess of Cambridge itu mungkin berhadapan dengan tekanan yang sukar digambarkan bagi mereka yang berada di luar status selebriti. Tetapi beliau sememangnya benar-benar kelihatan cengkung. Sumber istana itu menambah, "Ukuran pinggang beliau kini kurang 24 inci. Sebelum beliau bertemu Presiden Obama, gaun Reiss yang dipakainya adalah bersaiz 8.

Pereka Anya Hindmarch mengulas mengenai perkara itu. "Saya harap beliau tidak menjadi terlalu taksub sebagai ikon fesyen kerana ia akan menyebabkan beliau penat. Saya mengenalinya dan beliau adalah seorang gadis sihat biasa. Beliau melakukan banyak senaman dan sebab itu beliau mengalami penurunan berat badan sebelum perkahwinannya."

Malah satu terma baru dinamakan sempena perkahwinan, 'brideorexia', selepas Kate dilaporkan mengalami pengurangan berat badan dari saiz 8 kepada saiz 2 hanya dalam masa enam bulan.
Ramai mempersoalkan jika ia benar-benar membabitkan masalah kecelaruan makan dan jika ia bakal menjadi seperti Puteri Diana yang mengakui turut mengalami kedua-duanya iaitu masalah bulimia dan kecelaruan makan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bida rumah paling mahal di Amerika

Posted: 19 Jun 2011 03:05 PM PDT

Dunia

LONDON: Ia hanya langkah kecil dalam bidang hartanah bagi pereka fesyen berusia 22 tahun, Petra Ecclestone, tetapi ia lonjakan besar bagi orang lain.

Akhbar Telegraph melaporkan anak perempuan kepada hartawan pemilik Formula One, Bernie Ecclestone, dilaporkan membida kediaman paling mahal dalam senarai jualan di Amerika Syarikat.

Rumah agam dengan gaya istana Perancis berkeluasan 5,295 meter persegi di Los Angeles itu mempunyai 100 bilik termasuk 14 bilik tidur dan berada di pasaran sejak 2009 dengan harga AS$150 juta (RM454 juta). Harga ditawarkan tidak didedahkan, menurut Wall Street Journal yang melaporkan cadangan jualan.

Laman web selebriti TMZ melaporkan jualan itu masih belum dimuktamadkan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan