Isnin, 6 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Bundchen supermodel terkaya

Posted: 06 Jun 2011 03:13 PM PDT

Dunia

Gisele Bundchen

Gisele Bundchen

Pintar urus kewangan, miliki jenama sendiri

LONDON: Model jelita Brazil, Gisele Bundchen menjadi supermodel bilionair pertama dunia, kata majalah perniagaan Forbes.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan wanita berusia 31 tahun itu menerima bayaran supermodel tertinggi sejak 2004 dan seorang yang amat pintar menguruskan sumber kewangannya.

Beliau juga diramal bakal menjadi bilionair sebaik mencecah usia 32, tahun depan. Majalah itu menganggarkan pendapatan tahunannya berjumlah AS$45 juta (RM135 juta).

"Bundchen sering tampil dalam kempen jenama fesyen berprofil tinggi seperti Versace dan Dior, tetapi turut menjana pendapatan menerusi jenama sendiri," kata laporan itu.

Editor Forbes menyenaraikan kontraknya yang menguntungkan dengan Versace dan Dior, kejayaannya dalam bidang barang perhiasan dan pakaian sukan dan pegangan hartanah di Brazil, Costa Rica dan Brentwood, California antara asetnya.
Bundchen melesenkan namanya dalam beberapa produk termasuk perhiasan dan kosmetik mesra alam serta capal yang dikenali sebagai Grendene.
Akhbar Korean Herald melaporkan Mei lalu, Bundchen melancarkan syarikat pakaian dalam dengan rakan kongsi Hope (Victoria Secret versi Brazil) dengan beliau sudah menjadi jurucakap, jelas Forbes.

Selain melesenkan namanya kepada syarikat itu, seperti selebriti lain, beliau juga mencipta jenamanya sendiri, Gisele Bundchen Brazilian Intimates. Tidak seperti kelaziman, beliau turut memegang saham dalam syarikat.

Wanita itu berjaya menambah lagi pendapatannya sebagai pengarah kreatif bagi rangkaian fesyen Himpunan C&A Bundchen dan bercadang menjual pegangan sahamnya dalam syarikat penjagaan kecantikannya yang diasaskannya tahun lalu, Sejaa Pure Skincare.

Laporan majalah itu menyebut Bundchen tidak hanya menjadi supermodel bilionair pertama tetapi juga wanita Brazil pertama yang menjadi jutawan dengan usaha sendiri. – Agensi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

William, Kate berpindah ke Istana Kensington

Posted: 06 Jun 2011 03:11 PM PDT

Dunia

PUTERA William dan isterinya, Catherine akan terus menginap di kediaman utama mereka di Anglesey.

PUTERA William dan isterinya, Catherine akan terus menginap di kediaman utama mereka di Anglesey.

LONDON: Putera William dan isterinya, Catherine akan berpindah ke Istana Kensington, kediaman yang pernah dihuni pewaris takhta Britain itu bersama mendiang ibunya, Puteri Diana dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan Duke of Cambridge dan adiknya, Putera Harry tinggal di istana itu selepas Diana dan Putera Charles bercerai pada 1996, tetapi pasangan pengantin baru itu akan berpindah di lokasi berbeza di kawasan sama.

Jurucakap Istana St James berkata: "Kita mengesahkan yang kediaman rasmi Duke dan Duchess of Cambridge di London adalah bangunan di Istana Kensington. "Pelbagai pilihan kediaman jangka panjang masih dipertimbangkan.
"Pasangan itu akan terus menginap di kediaman utama mereka di Anglesey dan pejabat istana masih ditempatkan di Istana St James," tambahnya.

Pasangan diraja itu kini tinggal di pulau utara Wales di Anglesey dit tempat putera itu berkhidmat sebagai juruterbang mencari dan menyelamat pasukan Tentera Udara British (RAF).

Dalam perkembangan lain, sumber memberitahu New York Post pertemuan pasangan diraja dengan Arnold Schwarzenegger ketika lawatan rasmi ke California tidak akan berlaku.
"Ia tidak akan diteruskan," kata sumber itu merujuk kepada pertemuan dengan bekas gabenor California yang dilanda skandal anak luar nikah dan perpisahan dengan isterinya Maria Shriver.

William dan Catherine yang terbang ke Los Angeles pada 8 Julai, sebelum ini menimbangkan untuk bertemu Schwarzenegger.

"Penganjur lawatan diraja juga membincangkan pertemuan peribadi pasangan diraja itu dengan Schwarzenegger di kediaman Konsul Jeneral Britain di Los Angeles. Tetapi kini rancangan itu sudah diketepikan," tambah sumber berkenaan.

Wakil Schwarzenegger menegaskan pertemuan dengan pasangan diraja itu tidak pernah dimasukkan dalam jadual.

"Tiada rancangan menemukan mereka. Memang ada khabar angin dalam internet dan saya tidak tahu dari mana ia datang," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen