Rabu, 4 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Obama saksi pembunuhan Osama

Posted: 03 May 2011 11:07 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menonton siaran video di kaca televisyen ketika seorang anggota komando menembak mati Osama bin Laden di Pakistan.

Menerui kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando tentera laut AS, Obama menyaksikan bagaimana Osama ditembak pada mata kirinya.


Anggota komando itu kemudian menembak pemimpin Al-Qaeda itu sekali lagi, mungkin pada dadanya untuk memastikan dia mati.

Rakaman pembunuhan di tempat persembunyian Osama itu, dikatakan menunjukkan seorang isterinya bertindak sebagai perisai untuk melindunginya.


Wanita berkenaan terbunuh bersama-sama tiga lelaki lain, termasuk seorang anak Osama.


Dalam masa beberapa jam, pemimpin al-Qaeda itu dikebumikan di laut.

Meskipun Presiden Obama mendakwa kematian Osama menjadikan dunia lebih selamat dan lebih baik untuk didiami, ketua Agensi Perisikan Amerika Syarikat berkata, kumpulan militan Islam sudah pasti bertindak balas.


Amaran itu dibuat sehari selepas: - Hubungan antara Pakistan dengan Barat menjadi tegang berikutan kepercayaan ketua perisikan di Islamabad tidak mengetahui Osama tinggal kira-kira 300 meter dari akademi tentera terkemuka negara itu.

- Pegawai Amerika berusaha mewajarkan penyeksaan tahanan di Teluk Guantanamo dengan mendakwa ia membolehkan pemburuan Osama berjaya dilakukan.


- Ia mendedahkan seorang anggota militan yang ditahan di Pakistan berkata pada 2004 bahawa Al-Qaeda akan meletupkan bom nuklear di Amerika Syarikat jika Osama dibunuh atau ditahan.


Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, kematian Osama dialu-alukan di seluruh negara itu.


Bagaimanapun, langkah keselamatan ditingkatkan. "Kematian Osama tidak menandakan berakhirnya ancaman yang dihadapi daripada kumpulan pelampau.


"Malah, kita perlu lebih berjaga-jaga dalam masa beberapa minggu akan datang," katanya.


Setakat ini belum ada sasaran khusus yang dipercayai akan menjadi sasaran serangan berikutan kematian Osama.


Bagaimanapun, potensi sasaran di Britain, termasuk pusat pelancongan dan lokasi perdagangan popular, termasuk Parlimen, kata pakar keselamatan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Kuwait jadi utusan

Posted: 03 May 2011 09:34 AM PDT

WASHINGTON: Tiga pegawai Amerika Syarikat yang enggan dikenali berkata, tentera negara itu mengetahui tempat persembunyian Osama menerusi seorang pembantu paling dipercayainya, lelaki kelahiran Kuwait, Sheikh Abu Ahmed.

Abu Ahmed ialah tokoh yang samar-samar bagi perisik Amerika Syarikat yang mengambil masa beberapa tahun untuk mengenal pasti identitinya.


Sejak sekian lama, pegawai perisikan hanya mengenalinya dengan nama samaran, Abu Ahmed al-Kuwaiti.

Tanda awal mengenai kewujudannya diketahui sejurus selepas serangan 11 September 2001, daripada tahanan CIA.


Abu Ahmed dan adiknya terbunuh dalam serangan yang meragut nyawa Osama. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen