Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Rakyat Jepun kembali kerja

Posted: 14 Mar 2011 12:56 PM PDT

Dunia

Penduduk sukar untuk hidup seperti biasa

TOKYO: Tokyo dan beberapa bahagian lain Jepun berhadapan dengan gangguan bekalan elektrik ketika seluruh penduduk kembali untuk bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa semalam selepas negara Matahari Terbit itu dilanda gempa bumi dan tsunami besar Jumaat lalu.

"Ia bukanlah urusan seperti biasa," kata penduduk Jepun, Mia Moore yang ditemuramah CNN. Beliau berkata, pejabatnya sebuah firma perundangan tetap dibuka, tetapi pekerja dimaklumkan kehadiran mereka adalah mengikut pilihan sendiri.

"Saya berasakan tidak selamat ke sebuah pejabat yang kosong," katanya sambil menerangkan gegaran susulan berterusan turut melanda bandar raya terbabit setiap beberapa jam.

"Beberapa kedai sudah dibuka, tetapi bekalan makanan seperti roti dan mi segera dan juga air minuman botol berkurangan.

"Kami biasa dengan gempa susulan di Tokyo, tetapi kali ini amat besar," kata Simon Lockett, seorang lagi penduduk Jepun.
"Di Tokyo tiada lagi bekalan roti dan air minuman di kedai," katanya lagi.

Berikutan letupan di loji nuklear Fukushima semalam, gangguan bekalan elektrik tidak dapat dielakkan di berapa bahagian di Tokyo untuk mengurangkan beban pada perkhidmatan kuasa terbabit.

Tokyo Electric Power berkata, syarikat itu berhadapan dengan kekurangan kira-kira 25 peratus kapasiti. Wilayah di utara dan timur Tokyo juga berkemungkinan berhadapan dengan terputus bekalan elektrik.

"Bekalan kuasa dijadualkan terhenti mulai 5 petang waktu tempatan," kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano.

Kerajaan Jepun menggesa penduduk semalam untuk menjimatkan tenaga dengan hanya melakukan perjalanan penting berikutan perkhidmatan rangkaian kereta api juga turut terjejas.

East Japan Railway, syarikat kereta api terbesar Jepun yang menghubungkan Tokyo dengan kawasan teruk terjejas dengan gempa bumi dan tsunami juga membatalkan semua perkhidmatan berkelajuan tinggi, Shinkansen.

Tiga pengeluar kereta terbesar negara itu, Nissan, Honda dan Toyota juga menangguhkan pengeluaran di kebanyakan kilang mereka dengan Toyota mengumumkan hanya akan menyambung pengeluaran sehingga Rabu. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyelamat bergelut cari mayat

Posted: 14 Mar 2011 12:52 PM PDT

Dunia

2,000 jasad ditemui semalam di dua pantai di wilayah Miyagi

SENDAI: Pekerja penyelamat, polis dan pihak berkuasa tempatan terus bertungkus lumus untuk mencari sejumlah besar mayat dan mengesahkan nasib berpuluh ribu penduduk hilang, ketika bekalan makanan dan air semakin berkurangan berikutan gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Kira-kira 2,000 mayat ditemui semalam di dua pantai di wilayah Miyagi. Penemuan berkenaan meningkatkan secara ketara jumlah kematian dalam gempa bumi dan tsunami terbabit di mana setakat ini polis mengesahkan sejumlah 1,647 kematian dan 1,720 penduduk hilang di seluruh kawasan terjejas di timur laut dan timur Jepun. Kira-kira 1,000 mayat ditemui di pantai wilayah yang teruk terjejas di Miyagi, semenanjung Ojika, manakala sejumlah 1,000 lagi ditemui di bandar Minamisanriku di mana kerajaan tidak dapat menghubungi kira-kira 10,000 penduduk atau hampir separuh daripada penduduk bandar itu.

Angka kematian rasmi itu tidak termasuk kira-kira 200 hingga 300 mayat di Sendai, ibu kota Miyagi yang belum ditemui polis dan pekerja berikutan kesukaran untuk ke tempat yang dipenuhi dengan sampah sarap dan kemusnahan itu.

Kira-kira 450,000 penduduk dipindahkan sehingga Ahad di Miyagi dan lima wilayah lain tetapi bekalan air dan makanan serta minyak berkurangan di kebanyakan tempat, memaksa kerajaan memutuskan untuk menghantar bekalan melalui udara oleh helikopter Pasukan Pertahanan.

Nasib kira-kira 2,500 pelancong yang berada di kawasan dilanda gempa juga tidak dapat disahkan, kata agensi pelancongan Jepun.
Perdana Menteri Naoto Kan berkata dalam satu mesyuarat pagi semalam bahawa ibu pejabat bencana kerajaan setakat ini menyelamatkan kira-kira 15,000 penduduk.

Sebuah kapal Pasukan Maritim Pertahanan menyelamatkan 32 penduduk di pelabuhan Ishinomaki pada Sabtu, kata kementerian pertahanan dalam kenyataan berasingan.

Masalah komunikasi juga berterusan di kawasan yang teruk terjejas di Miyagi dan Iwate di mana 561,000 talian telefon dan 221,400 gentian optik dikendalikan Nippon Telegraph dan Telephone East Corp yang masih lagi tidak dapat disambungkan sehingga 6 pagi. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan