Sabtu, 1 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Letupan kereta Tahun Baru, 21 maut

Posted:

Letupan kereta Tahun Baru, 21 maut

Letupan kereta Tahun Baru, 21 maut


ORANG ramai terdiri daripada penganut Kristian menunjukkan kemarahan mereka ekoran insiden letupan kereta di hadapan sebuah gereja Coptic Orthodox di Iskandariah, Mesir ketika sambutan Tahun Baru, semalam yang mengakibatkan 21 orang terkorban. - AP


KAHERAH 1 Jan. - Sekurang- kurangnya 21 orang maut apabila sebuah kereta meletup di luar gereja Coptic Orthodox di utara bandar raya Iskandariah ketika penganut Kristian sedang berkumpul bagi menyambut Tahun Baru, malam tadi.

Kementerian Dalam Negeri Mesir sebelum itu berkata, seramai 24 orang turut mengalami kecederaan dalam letupan yang menyebabkan beratus-ratus penganut Kristian berkumpul di jalan-jalan raya bagi mengadakan bantahan.

Beberapa penganut Kristian dan penduduk Islam dilihat membaling batu ke arah satu sama lain, kata seorang saksi.

Kereta-kereta turut dibakar.

Di Mesir, 10 peratus daripada 79 juta penduduknya ialah penganut Kristian.

Mesir telah meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar gereja-gereja dan melarang kenderaan diletakkan berhampiran kawasan gereja selepas sebuah kumpulan rangkaian al-Qaeda di Iraq mengeluarkan ugutan pada November lalu.

Kumpulan rangkaian al-Qaeda, Islamic State of Iraq yang mengaku bertanggungjawab menyerang sebuah gereja di Baghdad pada November lalu, mengugut gereja Mesir berhubung layanannya ke atas wanita Kristian yang memeluk Islam.

"Ini merupakan satu situasi seperti di Baghdad," kata seorang saksi kepada Reuters.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan pembantah yang mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya.

Ambulans juga dikejarkan ke tempat kejadian di mana petugas perubatan mengumpulkan anggota badan mangsa letupan yang bertaburan di kawasan tersebut. - REUTERS

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Korea Utara minta tamat konfrontasi

Posted:

Korea Utara minta tamat konfrontasi

Korea Utara minta tamat konfrontasi

SEOUL 1 Jan. - Korea Utara hari ini meminta supaya konfrontasi dengan Korea Selatan dihentikan dan mendesak diadakan segera satu dialog antara kedua-dua negara.

Tiga akhbar rasmi Korea Utara termasuk Rodong Sinmun dalam satu artikel lidah pengarang bersama yang disiarkan oleh agensi berita negara KCNA berkata, konfrontasi antara utara dan selatan perlu dihentikan segera.

''Usaha aktif perlu dilakukan bagi membentuk satu suasana dialog dan kerjasama antara utara dan selatan dengan meletakkan kepentingan bersama bagi kedua-dua negara."

Bagaimanapun, sidang pengarang Tahun Baru itu sebanyak 6,000 perkataan itu tidak menyatakan cadangan perbincangan secara terperinci.

Ia sekadar mengulangi ayat sidang pengarang Tahun Baru, 12 bulan lalu yang menyatakan ''Perdamaian negara dan kerjasama harus dipromosi secara aktif."

Ia juga mengulangi keutamaan memansuhkan semua senjata nuklear dari Semenanjung Korea.

Dua bulan lalu, Korea Utara mendedahkan usaha untuk memperkayakan uranium, yang menggemparkan kuasa di rantau itu kerana ia akan membolehkan pembinaan bahan senjata nuklear gred kedua.

''Korea Utara konsistan dalam pendiriannya dan keinginan untuk mencapai kedamaian di Timur Laut Asia dan pemusnahan nuklear secara keseluruhan di Semenanjung Korea," kata sidang pengarang bersama itu.

Korea Utara keluar daripada rundingan enam pihak yang bertujuan memberi pampasan kepada langkah-langkah memansuhkan program nuklearnya, memanggil proses itu gagal kerana Amerika Syarikat (AS) ingin memusnahkan rejimnya.

Korea Utara sejak itu menyatakan keinginan untuk kembali kepada rundingan tetapi Washington dan Seoul berwaspda dengan kenyataan itu dan enggan dilihat terpedaya dengan taktik Pyongyang untuk meningkatkan tekanan, risiko dan kemudian memaksa kuasa serantau kembali berunding.

Bagaimanapun, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak kini membuka pintu dialog dengan Pyongyang dan menyatakan krisis nuklear perlu diselesaikan melalui perbincangan enam hala termasuk dua negara Korea itu, AS, Jepun, Rusia dan China pada tahun ini. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan