Khamis, 27 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Saya ada dua kaki kanan: Ma

Posted: 26 Jan 2011 06:38 AM PST

BEIJING: Demi menyelamatkan kaki kiri seorang lelaki yang cedera akibat kemalangan, doktor di sebuah hospital di China mengambil keputusan menjahit kaki berkenaan ke kaki kanannya untuk sementara sebelum mencantumkannya semula tidak lama lagi.

Menurut jurucakap hospital itu, lelaki itu - hanya dikenali sebagai Ma - terbabit dalam kemalangan di tempat kerja dua minggu lalu.

Katanya, insiden itu menyebabkan kaki kiri Ma rosak teruk dan mengalami jangkitan kuman.

"Jika dibiarkan, kemungkinan besar kaki kiri Ma terpaksa dipotong," katanya.


Bagi menyelamatkan Ma, kata jurucakap itu, pasukan perubatan hospital membuat keputusan radikal - memotong kaki kiri Ma.


Kaki itu kemudian dijahit ke kaki kanan untuk sementara waktu bagi memastikan salur darah serta otot Ma tidak rosak.

"Pembedahan bagi menyambung semula kaki kiri Ma dijangka dibuat dalam tempoh sebulan," katanya. - TS

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pihak berkuasa tempatan Britain rancang guna tenaga dari rumah bakar mayat panaskan kolam renang

Posted: 26 Jan 2011 06:37 AM PST

LONDON: Sebuah kerajaan tempatan di Britain bercadang menggunakan tenaga daripada rumah pembakaran mayat di situ untuk memanaskan kolam renang di bawah kendaliannya, lapor media semalam.

Pentadbiran daerah Redditch Borough - terletak berhampiran Birmingham - berkata, langkah itu jika dilaksanakan boleh mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.


Jurucakapnya berkata, pihak berkuasa tempatan Redditch Borough komited mengurangkan tahap pengeluaran gas karbon dioksida di kawasan berkenaan.

"Justeru, kami mempertimbangkan penggunaan tenaga dari rumah pembakaran mayat yang ada untuk memanaskan pusat rekreasi berhampiran," katanya.


Jika tidak, katanya, kesan pembakaran itu akan dibebaskan ke udara begitu saja dan mencemarkan persekitaran.


Bagaimanapun, cadangan itu ditempelak kesatuan sekerja kedua terbesar di Britain, Unison.

Sambil menganggap cadangan itu sebagai 'gila', mereka akan membincangkannya dalam mesyuarat penuh majlis pimpinan Unison pada 7 Februari ini.


Setiausaha Serantau Unison, Roger McKenzie, berkata idea pihak berkuasa tempatan itu tidak dapat diterima akal dan menghina penduduk Redditch Borough.

"Ia menunjukkan mereka kini terdesak menjimatkan dana selepas Perdana Menteri David Cameron memotong peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan.


"Saya menyeru pihak berkuasa meminta maaf kepada penduduk setempat kerana tidak sensitif dengan usul berkenaan," katanya. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan