Khamis, 27 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Gelombang rakyat Yaman pula bermula

Posted: 27 Jan 2011 10:08 AM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan Yaman melaungkan slogan dan mengibarkan bendera ketika membantah.

PENUNJUK perasaan Yaman melaungkan slogan dan mengibarkan bendera ketika membantah.

Tuntut pemerintah berundur, ugut tak mahu lanjut penggal Algeria, Tunisia

SANAA: Beribu-ribu penduduk Yaman melakukan demonstrasi di ibu negara semalam, menggesa Presiden Ali Abdullah Saleh supaya melepaskan kuasa selepas berkuasa sejak 1978.

"Cukuplah berkuasa (lebih) 30 tahun," laung penunjuk persaan dalam demonstrasi yang diadakan di empat lokasi berbeza di Sanaa. Mereka juga merujuk kepada Presiden Tunisia yang digulingkan, Zine El Abidine Ben Ali kerana menyerah kuasa selepas lebih 20 tahun memerintah.

"Kami bantah melanjutkan (penggal presiden). Kami kata tidak jawatan diberi kepada waris," laung mereka sambil menegaskan sudah masanya 'masa untuk berubah."

"Teruskan Common Forum. Ia masa untuk berubah," tulis kain rentang dibawa penunjuk perasaan, merujuk kepada penentang kerajaan.

Aktivis Common Forum berkata, demonstrasi yang diadakan di empat lokasi berbeza itu bertujuan untuk menyukarkan pasukan keselamatan. Satu daripada kawasan yang dipilih adalah di luar Universiti Sanaa.
Kongres Rakyat Umum pemerintah diterajui Abdullah pula menganjurkan empat demonstrasi dihadiri beribu-ribu penyokong kerajaan.

"Tidak kepada penggulingan demokrasi dan perlembagaan," kata penyokong presiden yang tertulis pada kain rentang mereka.

Sabtu lalu, beratus-ratus pelajar Universiti Sanaa mengadakan bantahan balas di kampus dengan ada di antara mereka menggesa Abdullah meletak jawatan.

Saleh menjadi presiden sejak beberapa dekad, dipilih semula September 2006 dengan mandat selama tujuh tahun.

Satu draf pindaan perlembagaan sedang dibincangkan di parlimen walaupun bantahan pembangkang itu, yang jika diluluskan akan membenarkan beliau terus berkuasa sepanjang hayat.

Di KAHERAH, polis menahan sekurang-kurangnya 1,000 orang dalam masa dua hari pertempuran di jalanan, ketika aktivis berikrar untuk meningkatkan bantahan dalam kebangkitan terbesar negara itu selama 30 tahun.

Enam terbunuh dalam bantahan menentang pemerintah Presiden Hosni Mubarak yang tercetus daripada protes di Tunisia, mencetuskan gelombang mengejut di rantau berkenaan dan memaksa Washington merangsang sekutunya dalam perubahan demokratik berkenaan. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Wartawan cetus kontroversi baru tempat lahir Obama

Posted: 27 Jan 2011 10:06 AM PST

Dunia

NEW YORK: Isu tempat kelahiran sebenar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menjadi kontroversi sekali lagi selepas seorang wartawan melaporkan diberitahu Gabenor Hawaii bahawa sijil lahir pemimpin kulit hitam pertama negaranya tiada di pulau itu sebelum menarik balik kenyataan berkenaan atas alasan beliau 'tersilap cakap.'

Minggu lalu, Mike Evans menjadi tetamu radio KQRS di Minnesota dan mendedahkan Gabenor Hawaii, Neil Abercrombie memberitahunya bahawa sijil kelahiran Obama tidak ada di negeri itu.

"Ketika berbual dengannya, Neil berkata, beliau mencari di semua tempat menggunakan kuasanya sebagai gabenor tetapi sijil kelahiran Barack Obama tiada di Hawaii. Tiada langsung bukti dia lahir di Hawaii," kata Evans pada 20 Januari lalu. Wartawan itu yang juga sahabat rapat Abercrombie memetik gabenor itu sebagai berkata, dokumen penting itu tidak ditemui selepas pencarian dilakukan di arkib hospital dan negeri.

Bagaimanapun, Evans kini mengubah ceritanya dan memberitahu stesen berita FoxNews bahawa dia kesal dan malu kerana seolah-olah membincangkan usaha mencari sijil kelahiran Obama dengan Abercrombie.

"Saya boleh beritahu anda 100 peratus bahawa Neil tidak pernah beritahu saya bahawa sijil kelahiran (Obama) itu tidak ada. Saya tidak pernah berbual dengannya (mengenai perkara berkenaan).

"Saya menjadi tetamu 34 stesen radio pada pagi itu. Cuma, saya tersilap cakap apabila ditemu bual KQRS. Sepatutnya saya berkata pihak hospital memberitahu tiada sijil kelahiran. Saya minta maaf tersilap mengatakan Neil berkata demikian dan meminta maaf kepada Neil," katanya lagi.
Evans berkata, dia terbaca laporan online yang menggunakan tajuk 'Gabenor Hawaii tidak dapat kesan sijil kelahiran Obama.

Artikel berkenaan memetik wawancaranya dengan bekas kerani pilihan raya di dua negeri memberitahu rekod kelahiran Obama tidak ada.

"Laporan itu menyatakan, pihak hospital kata mereka tidak ada sijil kelahiran Obama dan memetik Neil sebagai berkata beliau juga tidak menemuinya. Saya menelefon Neil tetapi beliau tidak membalas panggilan," kata Evans kepada FoxNews. – Agensi.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan