Sabtu, 22 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


WikiLeaks jadi filem

Posted: 22 Jan 2011 02:07 PM PST

Dunia

Julian Assange

Julian Assange

Produser Hollywood papar kisah Julian Assange

LOS ANGELES: Hollywood bakal menyiarkan filem mengenai pengasas WikiLeaks itu selepas produser Barry Josephson dan Michelle Krum berjaya mendapat hak terhadap biografi Julian Assange.

Buku yang diberi tajuk The Most Dangerous Man in the World, tulisan wartawan Australia, Andrew Fowler, mendedahkan kisah Assange dari zaman kanak-kanak sehingga kini.

Ia termasuk bagaimana WikiLeaks diasaskan pada 2006 dan kontroversi terbaru membabitkan pendedahan rahsia diplomatik dan dokumen tentera kerajaan Amerika Syarikat. Josephson dan Krum berkata, mereka merancang sebuah drama paling mendebarkan seperti filem All the President's Men serta memasukkan unsur aksi lasak seperti novel nukilan Tom Clancy.

"Sebaik saja saya bertemu Andrew dan membaca beberapa bab buku barunya, saya tahu bahawa dengan pengetahuan mendalamnya, ia akan membolehkan kami membawa cerita penuh aksi ke layar perak," kata Krumm kepada majalah Variety.

Assange ketika ini dalam jaminan di Britain sebelum keputusan dibuat berhubung permintaan ekstradisi oleh Sweden berkaitan jenayah seks. Dia juga dilaporkan berusaha menerbitkan autobiografi sendiri untuk membayar bil perundangan.

Dia akan menulis autobiografi itu selepas bersetuju dengan perjanjian pembayaran AS$1 juta (RM3.06 juta) Disember lalu, sebahagiannya untuk membayar kos perundangannya yang semakin meningkat.
Assange dilabel 'seorang pengganas berteknologi tinggi' oleh musuhnya dan 'pejuang kebebasan internet' oleh penyokongnya.

November lalu, WikiLeaks mendapat rampasan paling berprofil tinggi setakat ini apabila ia menjadi rakan kongsi dengan akhbar The Guardian untuk menerbitkan lebih 250,000 kabel diplomatik sulit Amerika.

Assange menaikkan kemarahan pihak berkuasa Amerika dengan mendedahkan kabel mengenai pembabitan Amerika dalam perang di Afghanistan dan Iraq.

Dia juga mendedahkan perincian prosedur pembuangan sisa toksik di Afrika dan Teluk Guantanamo, serta meletakkan kandungan manual Gereja Scientology secara online.

Wartawan dan penerbit itu kekal dalam jaminan sementara menunggu keputusan permohonan ekstradisi dari pihak berkuasa Sweden yang mahu menyoalnya berhubung dakwaan seksual oleh dua wanita.

Kisah penuh di sebalik skandal WikiLeaks ditulis dalam WikiLeaks: Inside Julian Assange's War on Secrecy, kisah di belakang tabir oleh editor penyiasatan The Guardian, David Leigh dan koresponden Moscow Luke Harding. Buku WikiLeaks akan diterbitkan oleh The Guardian pada 10 Februari ini. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Paderi cetus semula kontroversi

Posted: 22 Jan 2011 02:05 PM PST

Dunia

FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan 'Hari Menghakimi al-Quran Sedunia'.

"Ya, kami akan lakukannya," kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.

"Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan. "Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia.

"Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran.

"Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran.

"Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak," katanya dalam satu program radio.
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran.

Laman web Jones, 'Stand Up America' mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman.

Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September.

Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat.

Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula.

Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya.

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu.

"Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi.

"Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan