Sabtu, 6 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Penyokong dan puak anti-Morsi adakan bantahan di jalanan

Posted:

Penyokong dan puak anti-Morsi adakan bantahan di jalanan

Penyokong dan puak anti-Morsi adakan bantahan di jalanan

PARA penentang Morsi melaungkan slogan sambil memegang poster General Abdel Fattah al-Sisi ketika berarak di DataranTahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Beribu-ribu penyokong pergerakan persaudaraan Islam, Ikhwanul Muslimin mengadakan tunjuk perasaan semalam sebagai membantah tindakan tentera menggulingkan Presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi setahun lalu, Mohammed Morsi.

Gesaan untuk protes aman di seluruh Mesir itu dibuat oleh pihak Pakatan Nasional untuk Menyokong Kebenaran yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Morsi yang tidak dilihat sejak Rabu lalu dikatakan telah mengeluarkan bantahan menerusi satu ucapan yang direkodkan beberapa jam sebelum beliau digulingkan.

Perhimpunan beribu-ribu penyokong Morsi di masjid Rabaa al-Adawiya itu mencetuskan kebimbangan keganasan baharu mungkin akan berlaku.

Dalam perkembangan sama, kumpulan liberal menggesa golongan anti-Morsi supaya membanjiri jalan raya sebagai tindakan balas terhadap protes yang dilakukan oleh penyokong Morsi.

Barisan Penyelamat Nasional yang membenarkan tindakan tentera menggulingkan Morsi menyatakan rakyat Mesir mesti melindungi 'Revolusi 30 Jun' yang menyaksikan bantahan besar-besaran diadakan.

Ketua Tentera, General Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Morsi pada malam Rabu berikutan kegagalannya menamatkan krisis politik yang kian meruncing.

Polis tentera turut menahan pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie dan Mahdi Akef. Morsi pula dikatakan ditahan di lokasi tidak diketahui.

Sumber perundangan memberitahu, pihak pendakwaan akan mula menyoal siasat Morsi dan ahli Ikhwanul Muslimin atas dakwaan menghina perlembaaan. Seramai 25 orang dilarang daripada ke luar negara.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyatakan bahawa beliau benar-benar bimbang dengan perkembangan terkini di Mesir. Obama bagaimanapun enggan menyifatkan campur tangan tentera itu sebagai satu bentuk rampasan kuasa.

Sementara itu, Kesatuan Afika (AU) semalam mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Mesir dalam AU. Ketua Suruhanjaya AU, Nkosazana Dlamini-Zuma memberitahu penggulingan Morsi melibatkan perubahan kerajaan.

Maka, Mesir akan dihalang daripada menyertai sebarang aktiviti AU sehinggalah kerajaan sebenar ditubuhkan. - Agensi

Set makanan Maharaja Patalia dilelong RM9.58 juta

Posted:

Set makanan Maharaja Patalia dilelong RM9.58 juta

Set makanan Maharaja Patalia dilelong RM9.58 juta

SEBAHAGIAN daripada set makanan Maharaja Patalia yang dilelong di London kelmarin.


LONDON - Satu set perkakasan makanan yang dikurniakan oleh bekas Maharaja Patalia telah dilelong oleh sebuah firma lelongan pada harga AS$3 juta (RM9.58 juta) di sini kelmarin.

Menurut firma lelongan Christie di London, kira-kira 1,400 keping set perkakasan makanan itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang tidak dikenali.

Set perkakasan seberat hampir 500 kilogram itu telah ditempah dari London sebagai penghargaan atas lawatan selama tiga hari keluarga diraja yang berakhir dengan jamuan yang indah pada 24 Februari 1922.

Setiap keping set makanan yang indah itu mempunyai sepuhan perak yang mempunyai hiasan rumit.

Ia dikurniakan oleh Maharaja Bhupinder Singh pada tahun 1922 untuk lawatan ke Patiala oleh Putera Wales yang merupakan King Edward VIII.

Christie dalam kenyataannya berkata, setiap keping set perkakas itu datang dengan corak skrol dan sempadan daun di atas barisan watak serta corak haiwan. Setiap set itu dipisahkan oleh pisau.

"Terdapat pelbagai jenis ukiran yang diukir dalam bentuk senjata, mahkota dan pelbagai huruf.

"Ia dijual sebagai sebahagian daripada Jualan Luar Biasa Rumah Lelong," kata firma lelongan Christie kepada BBC.- Agensi

Swift beri amaran guna lirik sendiri

Posted:

Swift beri amaran guna lirik sendiri

Swift beri amaran guna lirik sendiri

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Taylor Swift mendirikan notis larangan menceroboh di kawasan rumahnya di tepi pantai menggunakan lirik lagunya, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Dia dilapor mengeluarkan perintah itu dengan merujuk kepada sebuah lagu pada tahun 2012, I Knew You Were Trouble.

Notis tersebut ditulis, 'I knew you were trouble when you walked in' dan di bawahnya tertera amaran dilarang menceroboh.

Swift, 23, berpindah ke rumah agam di Watch Hill, Rhode Island bernilai AS$17.8 juta (RM56.8 juta) pada Mei lalu selepas membelinya secara tunai.

Dia pernah mencetuskan kemarahan jiran-jirannya di situ kerana mereka tidak boleh memasuki kawasan pantai berkenaan dengan selesa.

Mereka mendakwa kerap dihalau pengawal keselamatan bekas kekasih anggota kumpulan nyanyian, One Direction, Harry Styles itu.

Penyanyi lagu Red itu juga sudah memiliki dua rumah di Amerika Syarikat masing-masing di Beverly Hills, California dan di Nashville, Tennessee.

Namun, sebuah lagi kediaman yang dibeli berdekatan rumah bekas kekasihnya, Conor Kennedy di Hyannis Port, Massachusetts telah dijual pada Mac lalu.

- Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan