Sabtu, 9 Mac 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Dua penggemar daging manusia ditahan polis

Posted: 02 Mar 2013 12:49 PM PST

Pendakwaan di New York bantu pihak berkuasa Britain buat tangkapan

London: Polis Britain melancarkan siasatan ke atas kewujudan kumpulan pemakan daging manusia selepas menahan seorang lelaki pertengahan usia dan anak lelakinya di rumah mereka di Canterbury.

Mereka disoal mengenai rancangan merogol, membunuh dan memakan daging wanita yang dikaitkan dengan perbicaraan seorang pegawai polis New York yang dituduh menggemari daging manusia.
Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire," Dale Bolinger, Suspek pemakan daging manusia

Pakar forensik antara kumpulan 15 anggota polis yang menggeledah rumah Dale Bolinger, 57, dan menggali taman rumahnya.

Serbuan itu yang turut menyaksikan anaknya, Rick, 30, ditahan selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan pegawai polis di New York itu mempunyai 'mentor' di Britain.

Bercerita di internet, Bolinger mendakwa makan daging seorang wanita dan budak lelaki berusia lima tahun serta memberi nasihat cara memotong kaki mangsa hidup-hidup dan memanggang di depan mangsa.

Bapa kepada dua anak itu kelmarin menegaskan dia tidak bersalah apabila dibebaskan selepas ikat jamin.
Serang mangsa

Mesejnya dengan pegawai polis berkenaan, Gilberto Valle, termasuk menyerang hendap mangsa dengan kayu besbol sekadar fantasi, katanya.

Bolinger menggunakan nama 'MeatMarketMan' dan 'Moody Blues' di internet bertukar mesej dengan Valle, 28, yang dituduh merancang memakan isteri dan wanita lain yang dikenalinya.

Bercakap di rumahnya kelmarin, Bolinger berkata: "Saya tak kenal lelaki itu. Kami tidak pernah berjumpa. Saya cuma berbual dengannya online."

Perbualan mengerikan

Perbualan mengerikan antara Valle dan Bolinger dibacakan di mahkamah: "Saya makan daging seorang wanita kulit hitam dan kulit putih."

Valle turut mencadangkan resepi sup dengan menyifatkan daging manusia rasa seperti daging babi tetapi lebih kental.

Bahagian hati perlu dimasak ringkas untuk membiarkan ia manis dan lembut manakala daging pada muka sedap dibuat sandwic.

Cadangan lain ialah: "Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire."

Dalam perbualan lain, Valle berkongsi video percutian di Bahamas dengan seorang gadis dikenalinya, Kimberly Sauer, yang memakai bikini.

Mereka membincangkan mengenai kelazatan daging gadis itu jika dia dipanggang.
Akhbar The Sun mendedahkan video ngeri di YouTube yang dimuat naik oleh Bolinger pada 2006 sebagai kenangan kepada gadis yang bertajuk Hungry 4 U. - AGENSI

Warga Jepun, Vietnam, Filipina dilarang masuk restoran

Posted: 02 Mar 2013 12:44 PM PST

Pemilik tak kesal tapi turunkan notis cetus kontroversi

Beijing: Satu notis di sebuah restoran di Beijing melarang warga negara Jepun, Vietnam dan Filipina serta anjing masuk kerana negara mereka ada pertikaian maritim dengan China, mencetuskan kemarahan penduduk tiga negara berkenaan di laman web.

Restoran 'Beijing Snacks' dekat Bandar Larangan, sebuah destinasi pelancong popular, meletakkan notis itu yang memberitahu 'Kedai ini tidak menerima pelanggan dari Jepun, Filipina, Vietnam dan anjing.'
Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya," Wang, Pengurus restoran

Enggan minta maaf

Gambar notis kontroversi itu disiarkan forum bahasa Vietnam dan banyak dilaporkan akhbar Filipina an Vietnam.

Foto notis kontroversi itu banyak diulas forum bahasa Vietnam dan banyak disiarkan akhbar dan laman web Filipina minggu ini.

Pengurus restoran Beijing itu enggan meminta maaf dan tidak kesal meskipun menurunkan notis itu selepas menyedari ia mencetuskan kritikan.
China, Filipina, Vietnam menuntut Kepulauan Spratly di Laut China Selatan manakala Beijing dan Tokyo terbabit dalam pertikaian pulau Senkaku atau Diaoyu di Laut China Timur.

Pengurus restoran yang hanya menggunakan nama Wang berkata, notis itu diturunkan kerana ramai yang bertanya.

"Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya," kata Wang.

Kemarahan di internet

Akhbar rasmi Vietnam, Tuoi Tre menyiarkan berita mengatakan notis itu mencetuskan kemarahan penduduk negara itu yang meluahkannya di internet.

Ia mendakwa, ramai penduduk Vietnam merasakannya satu lagi contoh sikap nasionalisme keterlaluan China yang perlu dikutuk.

"Itu bukan menunjukkan sikap patriotik tetapi tindakan bodoh," kata seorang penduduk Vietnam, Sy Van, di laman web akhbar itu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan