Selasa, 2 Oktober 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pakistan perluas larangan hina agama

Posted: 01 Oct 2012 02:44 PM PDT

Karachi: Undang-undang larangan menghina agama akan digunakan untuk menghukum penduduk Islam disyaki menyerang sebuah kuil Hindu, satu langkah terbaru di negara di mana undang-undang tegas sebelum ini digunakan bagi mengawal penghinaan ke atas agama Islam.

Undang-undang berkenaan yang membawa hukuman mati penalti atau penjara seumur hidup, menarik perhatian antarabangsa untuk diperbaharui tahun ini selepas seorang budak perempuan Kristian di Islamabad didakwa kerana merosakkan kitab suci Islam, Al-Quran.

Seorang guru agama Islam dibicarakan kerana didakwa menipu bukti terhadap budak terbabit yang dibebaskan atas jaminan berikutan keupayaan mentalnya yang dipersoalkan.
Pegawai polis, Mohammad Hanif berkata bahawa serangan anti Hindu berlaku 21 September lalu. Kerajaan mengisytiharkan hari terbabit sebagai cuti umum bagi Hari mencintai Nabi dan menggesa satu demonstrasi secara aman diadakan menentang sebuah filem anti Islam Amerika Syarikat yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.

Mereka yang menyertainya bertukar menjadi ganas di Pakistan dan membunuh lebih 20 penduduk.

Hanif berkata berpuluh-puluh penduduk Islam diketuai guru agama di Karachi, berhimpun di kawasan kejiranan Hindu yang lebih dikenali sebagai Hindu Goth.

Penunjuk perasaan menyerang kuil Sri Krishna Ram, memecahkan patung, mengoyak naskhah Bhagavad Gita dan memukul penjaga kuil terbabit, Sindha Maharaj.
Penyerang memecahkan patung Radha, Hanuman, Parwati dan Krishna dan melarikan perhiasan emas, kata Maharaj.

Mereka juga menyerang rumah saya dan melarikan perhiasan emas milik keluarga dan anak perempuan saya.

Majaraj dan pemimpin Hindu lain membuat aduan kepada polis yang memfailkan kes berkenaan terhadap guru agama serta lapan penduduk Islam lain. Tetapi semua suspek tidak ditemui kelmarin kata polis.

Kes terbabit difailkan di bawah Seksyen 295-A undang-undang kekufuran, yang membabitkan mencetuskan kemarahan agama.

Seksyen undang-undang terbabit boleh digunakan terhadap mana-mana agama dan boleh membawa hukuman denda serta penjara sehingga 10 tahun.
AP

PM Jepun rombak Kabinet

Posted: 01 Oct 2012 02:43 PM PDT

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda, semalam melakukan rombakan Kabinet buat kali ketiga dengan melantik seorang menteri wanita yang disifatkan calon terbaik bagi memulihkan hubungan dengan China.

Noda melantik muka baru sebagai menteri kewangan tetapi mengekalkan beberapa jawatan utama dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan dan perubahan menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Noda yang mengetuai parti Demokratik Jepun yang memerintah dalam pakatan dengan kumpulan kecil memberitahu beliau yakin perubahan itu mampu meningkatkan kerajaannya.
Ini adalah satu rombakan yang akan membantu kerajaan dan parti pemerintah bekerjasama untuk menangani beberapa isu domestik dan diplomatik yang kita hadapi dan bakal menguatkan lagi Kabinet.

Makiko Tanaka dilantik sebagai menteri pendidikan. Tugasnya secara relatif tidaklah besar dan tidak banyak terbabit secara langsung dengan China tetapi pengkritik berkata, perlantikan itu satu usaha untuk menghubungkan kesediaan Noda memulihkan hubungan diplomatik.

Krisis China, Jepun

Jepun dan China sering kali berbalah sejak beberapa bulan lalu membabitkan pentadbiran pulau Senkaku yang dituntut Tokyo manakala China memanggilnya sebagai Diaoyus.
Tanaka adalah anak perempuan bekas perdana menteri, Kakuei Tanaka yang Sabtu lalu memulihkan hubungan diplomatik dengan Beijing selama 40 tahun dan mempunyai hubungan baik dengan China di mana keluarga beliau mendapat penghormatan tinggi. Beliau berada di Beijing minggu lalu sebagai sebahagian daripada delegasi Parlimen.

Beliau pernah menjadi menteri luar ketika di bawah Perdana Menteri Junichiro Koizumi.
AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan