Ahad, 23 September 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ular peliharaan terbesar di dunia

Posted: 22 Sep 2012 08:11 AM PDT

KANSAS: Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya.

Medusa kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia.

Ular sawa itu yang dipelihara di Edge of Hall di Kansas City, memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu.

Bagaimanapun, ia dengan mudah boleh memakan lebih 454 kilogram makanan.


Makanan utamanya terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu.


Petugas berkata, Medusa ialah pemakan yang cuai kerana seringkali tergigit dirinya ketika makan.

Wakil Buku Rekod Dunia Guinness mengesahkan ular sawa itu akan dimasukkan ke dalam buku berkenaan tahun depan.

Pemiliknya, Larry Elgar berkata, dia tidak takut dengan ular berkenaan.

"Tidak boleh dinafikan ia boleh memakan manusia. Tetapi saya tidak takut. Saya pernah dibelit hingga pengsan oleh seekor ular sawa rendam sepanjang 5.5 meter.

"Saya sedar bahaya yang saya hadapi tetapi itu bukan alasan untuk takut," kata Edgar.

Menurutnya, dia membeli Medusa ketika haiwan itu masih kecil lapan tahun lalu.

"Ketika itu, ia hanya 0.6 meter pannjang dan segemuk jari saya saja," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Padah masuk kandang harimau

Posted: 22 Sep 2012 08:08 AM PDT

NEW YORK: Seorang lelaki cedera parah dibaham seekor harimau Siberia selepas dia melompat ke dalam kandang haiwan berkenaan di Zoo Bronx, di sini, semalam.

Harimau itu hanya melepaskan lelaki berkenaan selepas petugas kecemasan menggunakan pemadam api untuk menakutkanya.

Lelaki berusia 25 tahun itu menaiki monorel mengelilingi zoo berkenaan apabila dia melompat dari sebuah gerabak dan masuk ke dalam kandang harimau itu.

Dia dibawa ke sebuah hospital tempatan dan dilapor dalam keadaan kritikal.


Petugas zoo dan bomba berkata, lelaki itu cedera teruk pada lengan, kaki dan bahu selepas dibaham kira-kira 10 minit.


"Sebelah kakinya cedera teruk," kata jurucakap Jabatan Bomba, Frank Dwyer.

Laporan awal menyatakan, sebelah kaki lelaki itu putus. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Tiada ulasan:

Catat Ulasan