Selasa, 25 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kuasa Barat tidak jujur: Ahmadinejad

Posted: 24 Sep 2012 03:59 PM PDT

Iran percaya tiada masalah jika semua hormat satu sama lain

Washington: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam satu temu bual yang disiarkan semalam berkata beliau tidak melihat sebarang perkembangan dalam rundingan nuklear dengan Barat sebelum pilihan raya Amerika Syarikat November ini.

"Pengalaman menunjukkan keputusan utama dan penting tidak dibuat ketika Amerika Syarikat bersiap sedia menghadapi pilihan raya presiden," kata Ahmadinejad dalam satu temu bual dengan akhbar Washington Post.

Sedia buat perjanjian
Beliau juga berkata Iran bersedia untuk membuat satu perjanjian mengehadkan simpanan uranium tetapi melahirkan keraguan mengenai kesediaan Barat untuk berunding dengan tujuan yang baik.

"Kami sentiasa bersedia dan kami bersedia untuk membuat satu perjanjian yang akan menyatakan kebimbangan Barat," katanya yang dipetik berkata.

"Kami juga memberikan banyak cadangan."

"Secara asasnya kami tidak bimbang mengenai usaha meneruskan dialog, kami sentiasa mahukan satu dialog.
"Kami mempunyai logik yang amat jelas. Kami juga percaya jika seseorang mematuhi kedaulatan undang-undang dan semua orang menghormati semua pihak, tidak akan ada masalah."

Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya mendakwa Iran mahu membina sebuah bom nuklear tetapi Tehran menegaskan kuasa atomnya adalah untuk tujuan kuasa keamanan.

Israel rancang serangan

Ada spekulasi Israel merancang satu serangan tentera terhadap kemudahan nuklear Iran tetapi Ahamadinejad berkata beliau bersetuju bahawa apa yang disifatkan sebagai 'konsensus umum' bahawa negara Yahudi berbohong.

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis minggu lalu memberi amaran di Majlis Keselamatan PBB bahawa masa sudah suntuk untuk satu penyelesaian rundingan sementara Kesatuan Eropah cuba meneruskan lagi sekatan terhadap Iran.

Ahli Majlis Keselamatan yang juga dipanggil P5+1 membabitkan Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat termasuk Jerman akan mengadakan rundingan dengan New York pada Khamis mengenai krisis Iran.

Ahmadinejad tak percaya

Tetapi Ahmadinejad membayangkan beliau tidak percaya program nuklear Iran adalah kebimbangan sebenar Barat, menunjukkan ia mungkin digunakan sebagai satu alat untuk melemahkan kerajaan negara Islam itu.

"Adakah anda percaya bahawa ini adalah akar kepada isu?" katanya. - AFP

Massimov ketuai Kazakhstan

Posted: 24 Sep 2012 03:56 PM PDT

Astana: Pemimpin Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev melantik Perdana Menteri, Karim Massimov sebagai ketua pentadbiran presiden ketika desakan semakin lantang supaya pemimpin veteran itu mencari pengganti.

Satu sumber kerajaan berkata jawatan Massimov akan diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama, Serik Akhmetov, sekutu rapat Nazarbayev yang juga mengangkat sumpah setia kepada ketua era Soviet di negara yang kaya dengan sumber semula jadi berkenaan.

"Massimov akan mengetuai pentadbiran Presiden Kazakhstan. Beliau tidak kerugian apa-apa. Beliau sentiasa menang," kata satu sumber tanpa nama kerajaan kepada agensi berita RIA Novosti.
Tugas baru

Akaun Twitter Presiden Kazakhstan itu mengesahkan bahawa Massimov meninggalkan jawatan lamanya berkaitan dengan satu permohonan yang dihantar dan dilantik kepada tugas barunya.

Langkah berkenaan perlu mendapat kelulusan Parlimen yang dikuasai parti pemerintah sebelum berkuat kuasa.

"Pentadbiran Presiden adalah sebuah institusi yang memberi kesan semua aspek kehidupan Kazakhstan. Secara asasnya mengawal parlimen," kata penganalisis politik bebas yang dihormati, Dosym Satpayev.
"Massimov mempunyai tugas ekonomi sebelum ini. Beliau kini adalah seorang pengurus politik," kata penganalisis terbabit.

"Beliau pastinya tidak kalah dengan dengan ini, beliau hanya menang."

Mampu perintah negara

Nazarbayev, 72, menikmati kuasa di negara Asia Tengah dengan 17 juta penduduk dan selepas menang penggal baru lima tahun dengan undian sebanyak 95.5 peratus tahun lalu berkata beliau mempunyai keupayaan untuk memerintah negara itu bagi sedekad lagi.

Tetapi penganalisis dan pelabur percaya pemusatan ini adalah satu keupayaan untuk melonjakkan negara dengan kuasa dunia dan pembekal sumber terkemuka dunia.

Lelaki dikenali sebagai 'pemimpin negara' (Elbasy) muncul sehingga satu rancangan penggantian tahun lepas dengan menewaskan Timur Kulibayev, suami anak lelakinya, Dinara, dari jawatan tenaga tertinggi berikutan mogok pekerja yang membawa maut. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan