Isnin, 17 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Bantahan anti-Jepun makin teruk

Posted: 16 Sep 2012 10:12 AM PDT

Beijing: Tunjuk perasaan anti-Jepun di China masuk hari ke dua dengan beribu-ribu penduduk melancarkan bantahan di kebanyakan bandar di seluruh negara itu, berikutan isu kepulauan yang menjadi rebutan di Laut China Timur, sehari selepas cubaan menyerbu kedutaan Tokyo di Beijing.

Di Beijing, beribu penunjuk perasaan berhimpun di luar kedutaan Jepun, sambil membawa gambar Mao Zedong dan gambar bendera Jepun yang diconteng kata-kata lucah, melontar botol bir dan menyanyikan lagu kebangsaan.

Polis mengawal
Bagaimanapun sejumlah polis mengawal penunjuk perasaan ketika mereka berarak melintasi bangunan, manakala sukarelawan memberi makanan, air dan bantuan perubatan.

Di Shanghai, lebih 1,000 penunjuk perasaan berhimpuna di luar kedutaan Jepun sebagai melaungkan kata-kata Pergi Jahanam Dengan Jepun Yang Kecil.
Jepun membangkitkan kemarahan Beijing minggu lalu, apabila negara itu berkata ia sudah membeli kepulauan Senkaku atau Diaoyu yang menjadi rebutan kedua-dua negara.

Walaupun pihak berkuasa China biasanya mengehadkan tunjuk perasaan, bantahan semalam dilakukan dengan dikawal polis, manakala media kerajaan menyifatkan tindakan mereka sebagai wajar.
Bagaimanapun ada beberapa laporan keganasan berlaku termasuk di wilayah Shenzhen, apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

1,000 bakar bendera

Saluran televisyen Hong Kong turut menyiarkan rakaman lebih 1,000 penunjuk perasaan membakar bendera Jepun di bandar Guangzhou dan menyerbu sebuah hotel berhampira bangunan konsulat Jepun.

Perdana Menteri Yoshihiko Noda menggesa China memastikan keselamatan perniagaan dan rakyat negaranya selepas bantahan yang semakin merebak menyaksikan penunjuk perasaan menyerang warga Jepun, premis perniagaan dan memusnahkan kereta buatan negara itu.

Keadaan ini menimbulkan perasaan kecewa yang amat sangat dan berikutan itu kami akan mengemukakan bantahan kepada China, kata beliau kepada Stesen Televisyen Fuji.
AFP

Nakoula hilangkan diri

Posted: 16 Sep 2012 10:12 AM PDT

Los Angeles: Penerbit filem Innocence of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam, Nakoula Basseley Nakoula, 55, mengambil keputusan tidak kembali ke rumah, sebaliknya menghilangkan diri selepas disoal siasat Jabatan Syerif Los Angeles semalam, kata pegawai.

Nakoula disoal siasat pegawai penyiasat persekutuan kira-kira setengah jam di stesen sejurus selepas 12 tengah hari di bandar kediamannya di Cerritos, California. Selepas itu beliau dihantar dan ditinggalkan di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Nakoula sudah pergi dan kami tidak tahu dia ke mana. Dia ada memberitahu tidak akan kembali ke rumahnya, kata jurucakap jabatan itu, Steve Whitmore.
Pegawai penyiasat persekutuan dilaporkan menyiasat sama ada Nakoula, yang pernah disabitkan bersalah membabitkan jenayah kewangan, mengingkari tempoh percubaan lima tahun yang dikenakan ke atasnya. Jika sahih, hakim boleh memenjarakannya semula.

Nakoula menyerah diri di jabatan berkenaan dan datang dengan memakai kot, topi, skaf dan berkaca mata bagi melindungi identitinya yang sebenar. Rumahnya kini dipenuhi wartawan dan anggota media.

Nakoula tidak digari

Whitmore berkata, Nakoula tidak digari dan pakaian dipakai adalah kehendaknya sendiri.
Jabatan perintah percubaan kini membuat penilaian kes Nakoula yang mengaku tidak akan menentang tuduhan penipuan bank pada 2010 dan diharamkan daripada menggunakan komputer, melayari internet atau menggunakan identiti palsu sebagai sebahagian daripada hukumannya.

Whitmore bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai soal siasat itu.

Nakoula dalang penerbit

Pihak berkuasa persekutuan mengenal pasti Nakoula yang mengaku penganut Kristian Koptik, sebagai dalang penerbitan filem Innocence of Muslims yang mencemar Islam dan menghina Nabi Muhammad.

Kebanyakan penggambaran dijalankan di pejabat Media for Christ, sebuah pertubuhan bukan kerajaan beribu pejabat di Duarte di pinggir Los Angeles.

Seorang pegawai penguatkuasa berkata pihaknya mengaitkan Nakoula dengan lelaki menggunakan nama samaran Sam Bacile yang pada awalnya mendakwa sebagai penulis skrip dan pengarah filem berkenaan.

Tunjuk perasaan bertukar ganas membantah filem itu di Libya, menyebabkan duta Amerika ke negara itu Chris Stevens dan tiga pegawai Amerika, terbunuh.

Pemimpin Koptik Mesir, dan masyarakat Islam dari Bandaraya New Jersey berhimpun di sebuah masjid kelmarin sebagai tanda perpaduan dan melahirkan rasa dukacita dengan tunjuk perasaan itu.
AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan