Ahad, 16 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Guna nama palsu

Posted: 15 Sep 2012 03:38 PM PDT

Los Angeles: Seorang penerbit filem yang terbabit dalam menghasilkan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, di sini semalam.

Pegawai berkata, mereka menyiasat aktiviti Nakoula, 55, yang didapati bersalah melakukan jenayah kewangan dan boleh dipenjara semula jika didapati bersalah melanggar syarat pembebasannya.

"Dia pergi ke balai polis Cerritos dengan pegawai pusat tahanan. Dia tidak ditahan," kata pegawai polis, Don Walker yang tidak dapat memberitahu berapa lama Nakoula disoal.
Pihak berkuasa mengenal pasti Nakoula sebagai seorang Kristian Koptik dan bertanggungjawab dalam pembikinan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Ia mencetuskan keganasan terhadap kedutaan Amerika Syarikat di seluruh negara Arab hingga menyebabkan kematian duta Amerika di Libya, Chris Stevens dan tiga kakitangan lain. Protes juga merebak hingga ke 20 negara setakat ini.

Seorang pegawai berkata, pihak berkuasa mengaitkan Nakoula dengan seorang lelaki menggunakan nama Sam Bacile yang mendakwa pada awalnya sebagai penulis dan pengarah filem itu.

Menipu bank
Nakoula mengaku bersalah pada 2010 atas tuduhan menipu bank di California dan diarah membayar lebih AS$790,000 (RM2.4 juta) serta dihukum penjara 21 bulan selain diarah tidak menggunakan komputer atau internet selama lima tahun tanpa kelulusan pegawai.

Jabatan Tahanan kini mengkaji semula kes Nakoula sama ada dia melanggar arahan berkenaan selepas dibebaskan dengan diberi syarat itu.

Jurucakap pejabat pentadbiran mahkamah Amerika, Karen Redmond, mengesahkan kes Nakoula sedang dikaji semula.

Nama palsu

Penggunaan nama palsu dan akses kepada internet mungkin isu sebenar dia disoal siasat, kata pakar undang-undang siber dan pegawai.

Nakoula memberitahu agensi berita bahawa dia adalah pengurus logistik sebuah filem perlu mendedahkan rekod bank dan akaun perniagaan kepada pihak berkuasa.
Pembebasan bersyarat pada Jun 2010 memberi amaran kepada Nakoula supaya tidak menggunakan nama palsu tidak kira untuk apa jua perkara.

Pendakwa menuduh Nakoula menggunakan beberapa nama untuk membuka akaun palsu termasuk Nicola Bacily dan Erwin Salameh, Ahmed Hamdy, P.J Tobacco dan Sam Bacile, nama yang digunakan untuk membuka akaun YouTube bagi menyiarkan filem menghina Islam.
AP

Perkahwinan tidak lama jika ragu-ragu

Posted: 15 Sep 2012 03:36 PM PDT

California: Hampir seorang setiap lima wanita yang ragu-ragu untuk berkahwin menjelang hari pernikahan mereka biasanya akan bercerai empat tahun kemudian, menurut satu kajian.

Meskipun ada laporan mengatakan sebaliknya, penyelidikan baru mendedahkan pengantin baru yang was-was untuk mendirikan rumah tangga didapati menghadapi dua setengah kali kemungkinan untuk berpisah beberapa tahun kemudian.

Penyelidik mengkaji 464 pengantin baru dalam tempoh beberapa bulan perkahwinan dan menjalankan kaji selidik susulan setiap enam bulan sekali hingga empat tahun.
Mereka mendapati, purata usia ketika perkahwinan itu ialah 27 tahun bagi lelaki dan 25 bagi wanita.

Ragu petanda awal cerai

Apabila ditanya sama ada mereka pernah meragui atau berat hati untuk berkahwin pada wawancara pertama, 47 peratus suami dan 38 peratus isteri berkata ya.

Meskipun tidak rasmi wanita daripada lelaki yang ada keraguan, penyelidik di Universiti California, Los Angeles, mendapati keraguan itu sebenarnya menjadi petanda bahawa perkahwinan berkenaan akan menghadapi masalah tidak lama selepas itu.
Di kalangan wanita, 19 peratus daripada mereka yang memberitahu bahawa mereka ada rasa was-was bercerai empat tahun kemudian, berbanding lapan peratus yang tidak ada perasaan itu, lapor Journal of Family Psychology.

Bagi lelaki, 14 peratus yang mengakui keberatan, berpisah empat tahun kemudian, berbanding sembilan peratus bagi yang tidak ada perasaan itu.

Seorang penyelidik, Justin Lavner berkata: "Ada yang menganggap semua orang ada perasaan itu tetapi tidak perlu risau. Kami dapati, ia sesuatu yang biasa.

"Wanita baru kahwin yang meragui perkahwinan mereka juga berkemungkinan dua kali ganda dan setengah berpisah empat tahun selepas itu daripada yang tidak berperasaan begitu."

Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan