Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Roket Korea Utara meletup

Posted:

Roket Korea Utara meletup

PYONGYANG 13 April - Korea Utara hari ini melancarkan roket jarak jauhnya, tetapi dilaporkan meletup selepas dua minit 15 saat dilancarkan, lapor Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Pelancaran tersebut dibuat pada hari sama Parlimen negara ini mengumumkan pemimpin barunya, Kim Jong-un sebagai Pengerusi Pertama Suruhanjaya Pertahanan Negara, sekali gus melengkapkan peralihan kuasa ke atasnya.

Menurut kementerian tersebut, roket yang dilancarkan pada pukul pada pukul 7.39 pagi waktu tempatan (6.39 pagi waktu Malaysia) dari tapak pelancaran Tongchang-ri di wilayah Cholsan, barat laut negara itu, meletup selepas berada berpuluh-puluh kilometer ke bahagian selatan pad pelancaran.

"Kami percaya roket itu berpecah kepada dua bahagian, berkemungkinan disebabkan letupan yang berlaku.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pertempuran pertama selepas gencatan senjata di Syria

Posted:

Pertempuran pertama selepas gencatan senjata di Syria


Gambar dikeluarkan saluran televisyen pembangkang Syria, Shaam News Network menunjukkan kerosakan bangunan akibat dibedil di daerah Bab Dreib, Homs, kelmarin. - AFP


BEIRUT 13 April - Pasukan tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dilaporkan bertempur dengan pemberontak berdekatan sempadan Turki hari ini, pertempuran pertama selepas gencatan senjata anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dilihat berjalan lancar selepas dikuatkuasakan kelmarin.

Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, pertempuran itu berlaku di wilayah barat laut, Idlib, bersempadan Turki selepas tentera ditempatkan bagi mengusir pemberontak di kawasan tersebut.

Menurutnya, beberapa penyerang ditahan ketika pertempuran bermula, namun angka kematian tidak dinyatakan dan pertempuran dipercayai telah dihentikan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan