Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Penduduk bandar bertambah

Posted:

Penduduk bandar bertambah

NEW YORK 6 April - India, China, Nigeria, Indonesia dan Amerika Syarikat (AS) akan mendahului dalam peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar dalam tempoh empat dekad akan datang, menimbulkan cabaran untuk menyediakan pekerjaan, kemudahan perumahan, bekalan tenaga dan infrastruktur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan ramalan baru penduduk di kawasan bandar, menggesa pemimpin global membentuk rancangan kukuh untuk menghasilkan bandar raya mapan, sebelum satu sidang kemuncak mapan PBB di Rio, Brazil diadakan pada Jun ini.

Menurut Penilaian Prospek Urbanisasi Dunia 2011 PBB, jumlah rakyat di bandar-bandar di Nigeria dijangka bertambah sebanyak 200 juta orang menjelang 2050, dua kali ganda berbanding penduduk sekarang.

Bandar-bandar di India pula dijangka menyaksikan pertambahan penduduk sebanyak 497 juta orang, peningkatan sebanyak 40 peratus daripada populasi sekarang dan penduduk di bandar-bandar di Indonesia pula akan bertambah sebanyak 92 juta orang (38 peratus).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Memperingati perang Bosnia

Posted:

Memperingati perang Bosnia


Gambar tidak bertarikh menunjukkan keadaan penduduk etnik Bosnia yang ditahan di kem tahanan perang Manjacar yang sesak dan tidak selesa selama berbulan-bulan. - AGENSI


SARAJEVO 6 April - Sejumlah 11,541 kerusi merah disusun dalam barisan sepanjang jalan utama di bandar raya ini, yang merupakan ibu negara Bosnia-Herzegovina, melambangkan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terbunuh dalam kepungan paling lama dalam sejarah moden.

Sarajevo, hari ini memperingati ulang tahun ke-20 tercetusnya perang Bosnia.

Pameran, konsert dan persembahan diadakan tetapi tiada satu pun yang boleh menandingi kesan beratus-ratus barisan kerusi merah, yang lebih kecil melambangkan kanak-kanak yang terkorban, diletakkan di dataran yang sama di mana konflik itu mula meletus pada 6 April, 1992.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan